come with me

September 23, 2011

The Last Note [60days to go]


"Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.
Sesungguhnya di tengah panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

*mintak tolong sesape kaji sumber hadis kat atas. TQ

HeadStrong
Menjelang 60 hari terakhir aku bergelar pelajar sekolah ni, semakin banyak perkara berlaku. Dah 3hari aku demam panas, dah 5hari aku mimpi bukanbukan, dan dah seminggu aku rasa hilang minat nak pergi sekolah! Roomate aku tiaptiap hari ingatkan aku yang aku ada lebih kurang dua bulan je lagi nak pakai uniform tu. Dan tiaptiap pagi sblm pegi sekolah aku renung muka pintu bilik warden, pakcik bas, tayar bas, patu dah smpai sekolah, tatap pulak guard sekolah, cikgucikgu, kawankawan.. The pendulum swing is swingging and keep swingging till the end, dan aku ada 60 hari je lagi untuk korang (itu pun kalo korang rasa aku penting). Itulah sisa semangat aku yg tinggal untuk baki 60 hari lagi ni...

I've Become So Numb
Aku ada sorang member yang aku akan sentiasa percaya walaupun aku tau dia tipu aku, dia khianat aku, dia buat apaapa kat aku, aku akan tetap percaya kat dia, sebab dia akan bgtau aku setiap apa yang dia dah buat kat aku. Dan barubaru ni dia tegur aku, (tak pernah hayat sepanjang aku kenal dia nasihat aku). Dia sorang yg xminat mmbaca, (mmg dia bongok sikit) so, dia tak pernah baca apa yang aku tulis. Tapi malam paper addmath, entah mcm mana dia boleh tersumbat sampai terbukak belog aku ni, aku pun xtau. Keesokan dia msg aku...
Dia cakap aku berlagak giler nak mampos, siap carutcarut lagi. Aku pun panas laa. Pesal tetibe je maki hamun aku. Tapi aku sedar tak lama lepas tu, dia nak tegur aku. Dia cakap aku ada tulis yang aku terima segala pandangan orang, kenapa aku nak mental kat dia? Lagi, aku cakap yang aku tak riak, tak sombong, tapi dalam ayat aku penuh dengan unsur kesombongan. Nampak sangat setiap yang aku tulis tu sekadar tulisan. Aku dah tipu diri sendiri!

Faint
Macammacam yang dia buat conclusion dari setiap apa yang aku tulis (entah bpe jam dia ngadap pc utk bace sume post aku, aku pn xtau) tp aku tak rasa nak share sume sebab mana ada orang nak malukan diri sendiri, kan? Hidup aku lepas msg dia tu terus tak tenang. Bila berjalan, rasa ada orang pandang tak puas hati. Bila bercakap, mcm ada katakata terngiangngiang kat telinga aku, 'pegi mampos la lu!'. Nak study pun tak tenang, rasa macam ilmu yang aku nak hadam tu, takkan lekat, rasa siasia.

Burning In The Sky
Lepas habis paper Arab, semua orang rasa lega, relax, siap ada yang wish Happy Habis Trial! Tu msg terakhir aku baca petang tu sebelum aku tertidur/pitam/pengsan. Aku bangun sikit lagi nak maghrib. So, khamis tu memang takde semangat langsung nak sarung baju sekolah. Lepas subuh terus tido sampai malam (bangun solat 5waktu, makan malam, telan panadol). Then hari ni (jumaat) aku pergi lah sekolah walaupun rasa tak sedap badan. Kat sekolah pulak perghh, baik takpayah datang! Sampai part Tcer Marz, kene pulak bongokbongokbongok!!! Freaky Friday! Time BAT yang buat aku hilang segala yang masih berbaki dalam diri aku. Ustazah tanya, firdaus datang tak? Classmate aku cakap lah ada. Then dah habis dia panggil sume orang, dia panggil aku. Dia tanya, "Awk ada masalah ke dengan Bhs Arab? Dengan ustzh?" Aku cakap lah takde sbb sememangnya takde 'kot'. Ayat seterusnya buat aku lemah lutut smpai aku mintak izin untuk duduk sekejap. Dia cakap, "Kenapa dalam blog awk, awk ckp awk tak paham apa yg ustzh ajar? Kalo tak paham kenapa tak jumpa ustazah? Kenapa tulis mcm tu? Saya rasa kecil hati." perkataan kenapa tu membingitkan telinga aku sampai aku terpana. Kebanyakan motivasi yang aku dengar, karier seorang insan berakhir bila seorang guru berasa hati dengan dia. (act, aku tak maksudkan apa yang aku tulis T_T)
So aku?
Game Over sblm aku tekan Enter?

Remember The Name
Alang-alang kat sini aku nak cite sikit kisah aku kenapa aku ada kat SMi?... Dulu lepas PMR, seramai 19/28 orang student PTI dapat straight A, termasuk aku. Kitorang semua akan ditempatkan di SMt utk ambik pure science sbb skola tu nak straight je. So yang tak dapat straight akan dihantar ambik sains ikhtisas kat SMi. Dan pertama kali soalan diajukan pada kitorang, "Siapa tak setuju?" aku dan Ammar dengan yakin terus angkat tangan, hanya dua orang! (tak lama lepas tu baru ada 2-3 orang yg ubah pendirian). Ammar ada sebab dia yg tersendiri, aku pun. Kenapa aku perlu tolak tawaran utk study pure science? Korang tau, citacita aku nak jadi pakar bedah sejak tadika lagi, kenapa aku kene korbankan minat aku, citacita aku? Kenapa? Ni jwpnnya. Sejak akakakak aku sekolah agama tu, aku dengar macammacam cite. Diorang cakap cikgucikgu kat situ lembab lah, sekolah kotor, disiplin teruk, takde hala tuju lah kalo sekolah kat situ. (padahal akakakak aku berjaya je, siap bagi aku duit poket RM100 sebulan lagi sejak diorang keje) So, aku nak buktikan dengan kejayaan aku sendiri pulak, sebab membermember aku yang sekolah SMt pun selalu merendahkan kitorang kalo kitorang lepak sekali ngan diorang. (celakakan? korang tak rasa apa yang aku rasa). Aku juz nak buktikan yang semua tu katakata Syaitan yang merendahkan agama dengan merendahkan institusi agama, orangorang agama!
Aku masuk SMi tahun lepas dan aku taknak sorang cikgu pun pandang aku, ingat aku, sebut nama aku supaya diorang takde sebab utk menghalang keberkatan ilmu yang diorang bagi. (ni teori aku, tak payah bnyk tnye lah). Tapi modus operandi aku ternyata gagal sebab siap ustazah baca blog ni. (btw, thnx for reading) Woha!

Breaking The Habit
Aku tak pernah menyesal atas apa yang aku korbankan. Tapi menatang laknatullah tu akan selalu try buat aku menyesal (macam hari ni). Kekadang bukan direct kat aku, dia pakai korangkorang, sampai aku rasa @#$%^&. So sekali lagi aku nak break the habit. Dari awal tahun aku study sbb nak score SPM superb punya, nak jadi best student SMAI dgn kalahkan Ali, Ardani, Asyikin, Aqilah, dan segala budak star yang lain (aku tau ramai lg star, tp takkan nak state sorangsorang). Tapi sekarang tu bukan lagi tujuan aku, dah terhapus dari aim aku, bukan lagi jadi target aku. Teruskan perjuangan korang, capai apa yang korang nak, banggakan makbapak korang, cikgucikgu, sekolah dan diri korang. Dan tolong doakan aku dengan apa yang aku perjuangkan. Dalam 60hari ni  tujuan aku datang sekolah adalah jumpa cikgu, dapatkan keredhaan, mohon keberkatan supaya aku dapat teruskan kehidupan. Lepas SPM nnt aku nak pergi belajar adab kat Hadramaut, sbb aku belum cukup beradab lagi dengan cikgucikgu sbb sampai ada yang boleh kecik hati ngan aku.. (maafkan saya)
p/s: musaiyar suruh aku tulis note mintak maaf, mintak maaf senang bro, tapi kemaafan tu belum pasti. walau apa pun result spm nnt, misi yg dah dirancang tetap akan dilaksanakan... sebelum mentari terpadam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...