Heyo everybody, sihat?
Haha, ini bukan entry pasal anti-couple okay! Ramai betol pendakwah skrg anti-couple kan. So, aku nak buat satu pepatah,
ber-couple lah kamu sewaktu kecil, nescaya tak ditangkap pegawai jabatan agama!
Woha!
Contohnye mcm ni:-
pergh, glerr cute ex-gf aku.. xD |
Oke, dah cukup merapu. Check this out!
Awak, awak dapat tak mesej saya? Apa? Tak dapat?
Nnt saya forward semula k.. sayang awak!
(rilex dlu, jgn muntah lagi) Wakaka..
Messages > Inbox > Forward
Ya Allah, Kau berikanlah dia keputusan
yang terbaik untuk SPM 2011 pada 22.03.2012.. Sesungguhnya Engkau Maha
Pemurah. Setidak-tidaknya Kau berikanlah dia apa yang diingini &
mampu membuat kedua-dua ibu bapanya tersenyum ya Allah dan janganlah Kau
berikan kegagalan.
Sebarkan mesej ini kepada 10 orang rakan. Jangan menyesal sekiranya awak gagal dalam exam coz awak tak foward mesej ni pada orang lain supaya awak juga didoakan oleh mereka.
Sebarkan mesej ini kepada 10 orang rakan. Jangan menyesal sekiranya awak gagal dalam exam coz awak tak foward mesej ni pada orang lain supaya awak juga didoakan oleh mereka.
Kalaulah awek aku yang forward mesej ni kat aku atas alasan betapa dia syg kat aku,
pfft,
mmg kompem aku cerai terus!! Bhahaha..
(mujur aku takde awek).
Korang pun mesti banyak dapat mesej camni kan?
So, korang forward tak?
Eii, tak takut ke nnt betol2 fail?
Aku forward!
HAHA.. Habislah korang...
Hee hee hee..
(teringat pulak witch-yoo-hee)
Act, dulu dah bnyk kali terlibat ngan bnde gini. Sape tak cuak bila saat2 genting camni, ada ugutan yang cakap, "kau akan gagal SPM".. Pheww..
Aku tak berape peduli pun mesej berantai ni sebenarnya. Tapi ada lah sorang mmber lama yang menyangka bahawa aku ni seorang alim ulama yg kuat amal ibadahnya, yang tinggi ilmu pengetahuannya (oke, skrg boleh muntah). Haha.. Dia tanya kat aku, boleh ke percaya bnde2 camni? Apa hukum kalau kita percaya?
So, apa hukumnya?
Jeng jeng jeng..
Tok-tok anjang aku cakap boleh jatuh kufrun jikalau mempercayainya!
Whoa, habislah korang yang habiskan kredit smpai beratus2 sen utk forward mesej ni..
Kah3.. Aku pun forward jugak sebenarnya.
Tapi aku forward yang ni je:
Ya Allah, Kau berikanlah dia keputusan
yang terbaik untuk SPM 2011 pada 22.03.2012.. Sesungguhnya Engkau Maha
Pemurah. Setidak-tidaknya Kau berikanlah dia apa yang diingini &
mampu membuat kedua-dua ibu bapanya tersenyum ya Allah dan janganlah Kau
berikan kegagalan.
Haa, yang jatuh kufrun tu kira pendapat paling hardcore lah. Kenapa sampai gitu sekali hukuman kpd mereka yang mmpercayainya?
Tadi masa aku fikir, nak mandi ke tak sejuk2 camni, aku terfikir satu analogi utk korang bygkan betapa bongoknye perenggan kedua mesej berantai ni.
Andaikan ada orang cakap: Sesape yang mengamalkan Sunnah Baginda Rasulullah SAW seperti memakai jubah sepanjang masa, nanti kat padang mahsyar, dia akan naik Kawasaki ZX-10R utk cari Rasulullah utk mintak syafaat!
See? Niat aku kat sini adlh utk galakkan kita semua amalkan sunnah kan? Suci giler niat aku tu. Tapi ada hadis or ayat Quran ke sebut pasal kawasaki yg harga dekat 90ribu tu? Takde kan? So, ini adalah satu penipuan!!! Wooo...
Yang salah kat sini bukan pasal mesej berantai tu, tapi ugutan tntg sesuatu yg bukan hak kita untuk menentukannya.. Jadi, tolonglah bezakan tahi arnab dgn biji buah mata kucing.. :p
Akhir kata, marilah sama2 kita doakan agar keputusan SPM kita, adalah yang terbaek untuk kita! Takbir!! :D
p/s 1: Ustaz aku cakap, kalau kita doakan org, kita akan dapat dulu.. woha!
p/s 2: Pegilah kaji, betol ke tidak apa yg ustaz aku ni cakap.. :D
p/s 3: Mesej ni kene update sikit la, result kuar 21 bukan 22.. ngeh3..p/s 4: Tok-tok anjang aku tu belom jd ulama lagi, ontheway katanya.. (mohon doa kalian yup)
semoga Allah merahmatimu..=D
ReplyDeleteamin.. syukran atas doa.. kalo sudi forward lah kat 10 org.. woha!
Delete*gurau saje ;)
good luck ! hope dapat result yang cemerlang . aminn :D
ReplyDeleteamin... terima kasih :)
Delete