Assalamualaikum wbt..
Heyo semua!!!
Hari ni takde ape nak tulis.. so aku share pandangan orang je lah ek.. ^_^
Korang semua minat UAI tak? Aku rasa org kuat umno pun minat kot.. Hehe. Aku dari dulu lagi pikir, korang2 ni minat ustaz ke, minat ceramah ke, minat lawak ke? LOL
Dan tetiba sorang junior aku yang sengal bagi satu idea yg bernas! Mabrukk!!
|
Credit to : him |
Rilex luu, dia bukan keluar teros.. Hahax.. Kat bawah ni Full Version.. Check it out~~~
Baru2 ni ana g cramah Ustaz Azhar Idrus di Msjid Bukit Sekilau. Mnusia cukup ramai. Mmg hebat penangan ustaz.
Bila da smpai, ana masuk ke ruang utama saf. Mnusia berhimpit2 nak
dapat saf kat dalam. Ana tak tahu khusyuk manusia ke mana bila dah
himpit sampai macam tu sekali.
Lepas tu ana fikir,
"Mungkin ni ujian. Antara ceramah ustaz dan solat yang khusyuk, mana lebih utama?"
Ana memilih untuk keluar.
Ana lihat ramai orang. Mungkin terlalu ramai. Sembahyang jumaat pun
orang tak berebut-rebut mendengar khutbah yang FARDHU. Orang tak suka
khutbah sebab kena diam. Tok imam boring baca khutbah. So kita tidur.
Sedangkan kuliah yang sunat ni, kita buka mata, mungkin sekali hanya
kerana ingin mendengar jenaka.
Antara khutbah dan kuliah.
Manusia yang ramai. Sehingga aNA fikir, "Kalau ustaz azhar meninggal
satu hari nanti, kalian akan terus dengar kuliah2 di masjid atau tak? Ke
datang memang sebab ustaz semata-mata? Sebab nak dengar kelakar? Bila
ustaz dah takde?"
Ana teringat tok imam kampung ana. Tok bilal.
Semua dah tua kat kampung. Ada ustaz muda bagi tazkirah, tapi tak ramai
juga orang muda yang pergi. Tapi ustaz2 kampung still berada di kampung
yang sama, memberi peringatan berulang-ulang kali tanpa rasa jemu.
Orang muda, pergi dengar Ustaz Azhar jer. Berebut2.
Kita selalu nak bagi tazkirah bila kita dah ramai peminat. Tapi ustaz
yang ikhlas, masih akan bagi tazkirah walau 2 3 org jer dengar.
Pesan ana, jangan pergi ceramah Ustaz Azhar kerana lawak jenaka atau
popularitinya. Pergilah kerana ilmunya. Kerana jikalau UAI sudah tidak
berjenaka, kita masih akan ke majlis ilmunya.
Cinta ulama, kerana ilmunya.
Jangan taksub. Ustaz Azhar juga mungkin tersilap dalam memberi hukum
hakam. Mustahil untuk dia faqih dalam semua bidang. Sebab jikalau kita
taksub, kita menjadi buta.
Mana yang benar kita ambil.
Mana yang tidak sama dengan UAI, kita ambil yang rajih...wallahu ta'ala a'lam :-)
p/s : Entry ini sekadar mengajak kita renungi bersama kebodohan kita.. Haha, jgn jadi
bodo.. ;)
true...i agree...
ReplyDeleteCinta Ulama' krn Cinta Ilmunya ;)
Delete