come with me

December 24, 2011

Kalau hidup ni roda..

Asalamualaikum!
(Best pulak buat title tergantung camni, hehe)
Ok lah, bila sambung, bunyi dia mcm ni...

Kalau hidup ni roda, pusing laju-laju! XD

Aku nak dedicate post ni untuk member2 yang dah habis SPM. Seronok kan bila dah besar? haha.. (tapi tak lama kot happy camni). Dan sikit coretan utk cikgu aku.

Bila dah habis komitmen sebagai budak sekolah ni, rasa tenang sikit.
So, whats next?
Keje?
Form 6?
Menganggur? :)

Kebanyakan orang biasa macam aku ni akan mula cari kerja. Ada yang saje2 nak cari mengalaman, ada yang nak cari duit tambahan utk family or diri sendiri je. Aku respect orang camni sebab sanggup mula kerja dari bawah (tapi jgn makan gaji buta sudah la!) Ada jugak yang berasa kaya and just duduk goyang kaki kat umah. Yang ni lah orang yang bongok aku rasa. Banyak bnde boleh buat kan? Cari pengalaman sambil tambah duit poket!

So, aku nak share pengalaman aku first time buat part time kat Zenith Hotel. (Muhammad Syukri tak caye aku penah buat keje ni. haha...) Masa tu sebenarnya tengah trial SPM (jgn gtau parents aku tau, mampus aku karang)..

Going to work!
Bila dah keje ni, memang banyak ah dugaan kan. Kena maki ngan bos tu mmg perkara biasa la kalo dapat bos yg kerek. Ni lah masa nak practice nilai murni yang korang belajar dalam komsas n literature dulu kan. :) Aku pun tak tau camne aku bleh terpikir nak buat keje nih. Mungkin ni sebab tension sgt study, nak nak next subject, AddMath! Whoaa!

Penat tu mmg kompem sangatsangat. Aku masuk kerja pukul 5 habis pukul 12. RM5 sejam. Kerja non-stop (tapi kalo takde customer tu bleh ah rilex jap). Sikit je kan upah? Tapi puas sebab hasil titik peluh sendiri. Situasi ni boleh berubah dgn 'pembelajaran'! Aku pelik, kenapa ada orang taknak kerja berat tapi nak duit banyak. Dulu masa sekolah taknak belaja sungguhsungguh. Dah la takde azam nak berjaya! Tak boleh bro!

Masa aku first time tu, ada sorang budak India buat part time jugak. Tapi dia buat kerja lagi berat pada aku, lagi tak pernah berenti (mmg la sbb dia takyah solat mgrib) <-- (alasan biasa orang melayu Islam yang pemalas!) Dia buat kerja bukan sebab nak kumpul duit beli I-phone5, tapi nak bantu family! Padahal baru form3 (aku tak dpt contact dia nak tnye result pmr).

Kekadang kita terpaksa korbankan diri sendiri utk sstu yang kita sayangi.
"Hidup ni memang roda."

p/s: Bila hidup dah macam roda, pusing lah lajulaju supaya kerap sikit ada kat atas! :D

#Tak kira lah korang buat kerja part time ke, pergi sambung Form6 ke, dapat PLKN ke, aku doakan yang terbaik untuk apa yang korang lakukan. Sementara takde apa2 ni, pergilah enjoy sikit. Hidup bukannya kejam sangat, kan? So, selalulah tajdid niat kerana Allah supaya kerja yang kita buat dikira ibadah!
#Awal tahun ni aku start keje ;)

Next Post: Violen Pornography!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...