come with me

December 24, 2011

SPM is cool

Asalamualaikum..
Smlm 23 Dis 2011 aku balik rumah, padahal 13 dah abes exam.. Haa, aku pi mana? ;) len kali ah cte.. next post.

TAIKO 9
Hah, ni bilik aku. Maksud aku pintu bilik!
(dear warden: bukan sy yang conteng!) hahahaha.. 

Yang kertas terbakar tu peraturan bilik yang senior2 aku buat last year.
(dear senior: bukan aku yang bakar!) hahahaha..

Ok, yang donedonedone tu adalah jadual SPM aku. Kenapa aku tampal? :D sebab spnjg SPM aku just study dalam bilik9 sahaja! So, bila orang datang tanya, "Amacam pekse hari ni taiko?" aku tunjuk kat pintu. Smiley tu menjadi jawapan aku. Hahaha, creative kan? :))

Lagi satu mood aku time exam biasanya cam tuttt. So, bagi mengelakkan kekejangan otak, aku wakilkan jadual ni utk jawab apa2 soalan dari korang yang ada kat asrama tuh!

First Week



Bahasa Melayu + Bahasa Inggeris + Sejarah + Mathematics = :D

Biasanya pagi2 nak pegi sekolah mengantuk kan? Tapi lepas second period, InsyaAllah dah segar! (yang tau aku tido dalam kelas tak kira masa tu, sebab tu hobi aku. hehe) Macam tu jugak aku, jawab BM pana glerr. Tapi puas hati ah sbb masa trial aku dapat B. Thnx kat Ckgu Maziah sebab tak bagi aku A, kalau tak, mesti aku lupa diri. huhu..

Semangat mula datang bila jawab BI, errr.. tp agak bongok rasa jawapan yang aku bagi. Tapi puas hati jugak la. Tak sia-sia Tcer Ratna mengajar..

Err, Cikgu Zaimah! Saya sayang cikgu. Hahahaha, seronok belajar sejarah, seronok jugak jawab soalan hari tu. :)

Hari terakhir dalam minggu pertama aku rasa excited doe. Haha, sampai lupa bawak pemadam masa jawab paper1 ~_~' sorry Cikgu Ehsan, saya silap hitaam jawapan.. Huarghhh!

Second Week

Pendidikan Syariah Islamiah + Additional Mathematics + Science = cool!

Pergh, besar giler smiley utk PSI tu kan? kan? kan? Hehe.. Lots of thanx to Ustzh Azizah! Korang tau, selama aku belaja, bila time kelas PSI je rasa relax. Tenang jea. Hati riang. :D
 
Pengalaman aku dengan AddMath yang paling aku tak boleh lupa: Masa tu kelas tuisyen kat 'home', pastu ada 2 3 4 5 org yang sumbat giler, mintak pegi tandas ramai-ramai. Then? Hahahaha, dyorang jerit kuat-kuat ramai-ramai 'ADDMATH IS EASYYYY!!' haha.. 'Doa' dyorg dimakbulkan rupanya. Semua yang buat keje tu cakap, memang betul-betul senang.. So, thnx to Tcer Haidar.. :D

Science is our life and you know most of your life right? Ni lah quote yg aku reka hasil ajaran Tcer Mala ngan Ckgu Zaini. Dua cikgu ni sporting habis laa. (kan best kalau 'dia' mcm ni :'()

Third Week

Prinsip Akaun + Ekonomi Asas + Bahasa Arab = wut the .. ?

Minggu yang paling bala bagi aku. Korang tahu kan, bila dah study habis, sumbat segala dalam benak, tapi time pekse, blank! Aku tak panic.. Just aku tahu, ni balasan Tuhan. Aku selalu mempersoalkan kredibiliti Tcer Marz. Aku memang tak suka cara dia mengajar, tapi aku tak benci dia. Aku takde hak nak benci dia macam orang lain. Aku tak kutuk penyakit dia macam orang lain. Tapi dia ada hak utk tak beri keberkatan tu kat aku.. "Maaf, boleh nak maafkan." <-- kata-kata terakhir dia yang aku dengar. Aku harap aku tak jumpa dia dah. Aku tak dapat maafkan diri aku.
So, PA ngan Ea mmg out la.
Kat Ustzh Wan pun aku nak mintak maaf, sebab ada ayat dalam blog aku ni dah buat dia kecik hati. Tapi aku suka cara dia, tak suka, cakap face to face, takde kutuk student kat belakang. She's very awesome! (dear tcers yg ada kat smai: contohilah ustazah wan!)

Finally

Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

Alahai, bapak tak seronok kan bila member2 semua dah check-out, tggal 2 3 kerat kat hostel, mnggu hampir 5 hari utk merdeka. Macam-macam suara sumbang aku dengar, nak jatuhkan semangat kitorang kunun, heh? Tapi semangat kitorang study subjek ni, tambah pulak semangat Ustazah Fairuz buat kelas tambahan, memang aku respect! Tak ramai ckgu yang sanggup berkorban sekarang ni..
~END~

P/S: Tuhan dah tunjukkan pada aku, yang mana salah dan yang mana betul. Tapi aku still buat jugak walau salah. Bodoh kan? Hmm, Thnx God for making this exam ada susah, ada senang. Ini masa untuk tawakkal, takde masa dah nak kenang kebodohan masa lalu. Peace!

Next Post: Lepas SPM?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...