come with me

August 14, 2012

3 Months & 2 Weeks # كيبا # : Ep. 1

Assalamualaikum wbt...

Heyo everybody! Selamat Berpuasa. (^^,)

* * * * *
~Sketsa Sahur Pagi Tadi~

Mak: Abang, bila kita nak beli barang raya?
Ayah: Urmm, ahad ni lah.
Mak: Ahha, nice. Kita pergi lepas Solat Sunat Aidilfitri ye.
Ayah:>__<

* * * * *

Cerita ni cerita betul yang berlaku pagi tadi tapi aku saje edit kasi phewww sikit.. hehe..

So, masih belum terlewat kan nak ucap Ramadan Kareem!! Dan dengar jawapan Allahu Akram!! Aku mmg respect giler kat bapak aku sebab tak selok langsung walau raya tinggal 5hari lagi. So tahun ni spesel sangat, persiapan utk raya adalah sekadar sahaja kerana pemergian Ramadan amat kami tangisi... Sobssobss... (dengan pemergian aku sekali)...

So, rasa mcm nak pegi muhasabah diri tak? Belum? Urm, disebabkan tajuk kat atas tu KIBA, aku nak selit ah sikit kisah rekaan aku yg ada kaitan sikit2 dengan KIBA tuh.. Check it out~~~

* * * * *


Saya Jujur… حصة الؤلى

“Bro, awek tu tengok kau lah!” bisik Joe pada Alex.
“Yang mana?!”
“Alaa, yang tudung biru laut tu.. Yang rendah-rendah, kiut kiut tu.. hehe..”

Alex dan Joe (bukan nama sebenar) adalah antara pelajar yang terpilih bagi mengikuti satu kursus persediaan selama 3bulan 2minggu untuk ke luar negara. Alex merupakan pelajar tajaan sebuah institusi, bekas pelajar sekolah agama. Perlakuannya sedikit sebanyak mengambarkan latar belakang dirinya. (Alim boh) Oleh itu dia sering menjadi perhatian gadis-gadis walaupun rupanya tidak seberapa. Joe pula pelajar tajaan sebuah yayasan negeri. Sifat dan sikapnya agak berlainan daripada Alex. Namun entah persamaan apa yang membuatkan mereka cocok apabila lepak bersama.

“Bala, dah sebulan kita kat sini, takkan kau tak kenal lagi nama budak tu?” kutuk Alex.
“Aku mana usha perempuan doe, jaga mata.” jawab Joe dengan nada bergurau.
“Dah tu macam mana kau tahu budak perempuan tu tengok aku? Hah, kantoi sudaaa!”

Hal ini seperti perumpamaan Melayu, ‘umpama berenang dengan pirana’. ;) 
Bila kat Tanah melayu ada pirana pun aku tak tahu. Haha… Ktaklawak..

* * * * *

Sementara itu…

"Weh Maria, dari hari tu aku tengok kau asyik pandang Alex tu. Berkenan ke?" soal Leya yang kehairanan melihat telatah kawan baiknya itu.
"Haah" jawapan ringkas yang sungguh teramat sekali padat dan juga mengejutkan!
"Uish, kau biar betul? Mengigau ke ni? Hello? Hal enti majnun?"

Namun soalan bertubi-tubi daripada Leya itu hanya dijawab dengan sekuntum senyuman dari bibirnya yang comel itu. ^_^

* * * * *

Nak dipendekkan cerita, (aku memang tak boleh jadi penulis la, pemalas parak!) =,='

Alex dan Leya dulu merupakan classmate atau dalam Bahasa Melayu rakan sekelas. (LOL) Jadi Leya sangat teruja dengan jawapan pendek dari pada Maria. Jadi secara automatiknya Leya telah menjadi orang tengah antara Alex dan Maria. Weee~~~

[message received, Leya , 3.20am]

Leya: Wei, aq ada sstu nak gtau nih.
Alex: Tak reti bagi salam ke makcik oii.. :3
Leya: Erkhh, Assalamualaikum!!!
Alex: Waalaikumussalam. Kan comel camtu. Hah, ada ape?
Leya: Jangan lah mengayat aq! Grr.. Ni nak bgtau yg member aku ada sstu nak cakap kat ko.
Alex: Haha, bnyk betol sstu korang ni.. Siapa? Apa?
Leya: Jap lagi dy msg, dy tengah tahajjud.
Alex: Wah!! Okokok.

* * * * *

[message received, Maria , 4.30am]

Maria: Assalamualaikum. Maaf mengganggu, nama saya Maria. Kawan Leya.
Alex: Waalaikumussalam.. Ouh, ada apa ek? Leya ckp awk ada sstu nak bgtau.
Maria: Hurm, haah. Sblm tu sy nak mintak maaf sebab ambk masa awk. Sbnrnya sy cuma nak bgtau yg sy minat kat awk.
Saat membaca mesej daripada Maria, Alex sangat sangat sangat terkejut. Kenapa? Dia pun ragu-ragu. Dia tidak menyangka Maria seorang yang macam tu. Tapi…
Alex: Haa? Awk serius ke ni? Ke awk main2kn sy?
Maria: Sy tak main2. Tp awk jgn fikir yg bkn2. Sy bukan nak ajak awk couple or bcinta. Sy cuma lbh suka berterus terang.
Alex: Ouh.. Alhmdllh, sbnrnya sy pun ada perasaan mcm tu terhadap awk. ~_____~
Maria: Err, tapi kan. Ada satu perkara yg betul2 buat sy nekad nak msg awk.
Alex: Apakah?
Maria: Kenapa awk jarang sangat turun solat berjemaah??

TO BE CONTINUED ?

gambar hiasan

* * * * *
Persoalan 1 - Adakah tindkan Maria dikira dakwah jika dia niat utk brdakwah?
Persoalan 2 - Adakah sesuai tindakan Maria?
Persoalan 3 - Apakah jawapan yg Alex akan berikan?
Persoalan 4 - ...
(arghh, bnyknya persoalan!!! ptotla ada rancangan tnyelah ustad skrg ni) LOL


4 comments:

  1. nice story !! :)

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    weh!kenape aku jarang nampak ko turun solat berjemaah??
    hahaha..selok aku gelok.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahahaha... awat hang gelok selok? mesti ada kaitan ork? xD

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...