come with me

August 16, 2012

3 Months & 2 Weeks # كيبا # : Ep. 2

Assalamualaikum wbt..
Heyo kullukum!
(Wah! Dah start speaking arab.. hehe..)

* * * * *

Sebelum ending KIBA baru ni, ustaz kitorang mintak kumpul duit untuk dobi sejadah sebanyak 48keping yang dipinjamkan oleh Masjid Kampung Pandan 1. So, kumpul punya kumpul, dapat ah dalam RM200 lebih. Pergh, pemurah betul diorang ni ;). Pastu sejadah tu aku bilang punya bilang, lebih 7keping.. Pheww, ana mutasyaakir awi! ;)

So, ni antara sketsa yang melibatkan duit derma tu.

~Sketsa Duit Derma~

Aku: Abah, ni hah ada sikit derma utk dobi sejadah2 ni.
Abah: Ouh, ok.
Aku: Ada la dalam RM260.75.
Abah: Ouh, ok.
Aku: Budak2 ni kumpul, sekali dengan duit surau.
Abah: Ouh, ok.

Haha, bapak mesra kan aku dengan bapak aku. ^___^

Then tadi bapak aku pergi kedai untuk menghabiskan duit tu. (Beli mic baru)

Abah: Urm, mic mana yang paling terrrbaek?
Tauke: (dia tunjuk la apa yg patut)
Abah: Yang paling mahal?
Tauke: Erkk? (dia tunjuk pulak yg paling mahal)
Abah: Berapa harga?
Tauke: RM250 saja. Boleh kurang lagi. *wink2
Abah: Aaa, yang RM260.75 takde?
Tauke: @_@

Aku rasa tauke tu seronok gler dapat berurusan dengan orang mcm bapak aku. LOL. So, thanx KIBAians, kerana korang, masjid tu dapat beraya dengan mic baru yang mmg power ah.
*aku yg rasmi teraweh tadi.. woha!

K, next aku nak sambung sikit cerita pasal Alex ngan Maria tu...

* * * * *


Saya Jujur... حصة الثاني

[message received, Maria , 4.30am]

Maria: Assalamualaikum. Maaf mengganggu, nama saya Maria. Kawan Leya.
Alex: Waalaikumussalam.. Ouh, ada apa ek? Leya ckp awk ada sstu nak bgtau.
Maria: Hurm, haah. Sblm tu sy nak mintak maaf sebab ambk masa awk. Sbnrnya sy cuma nak bgtau yg sy minat kat awk.
Saat membaca mesej daripada Maria, Alex sangat sangat sangat terkejut. Kenapa? Dia pun ragu-ragu. Dia tidak menyangka Maria seorang yang macam tu. Tapi…
Alex: Haa? Awk serius ke ni? Ke awk main2kn sy?
Maria: Sy tak main2. Tp awk jgn fikir yg bkn2. Sy bukan nak ajak awk couple or bcinta. Sy cuma lbh suka berterus terang.
Alex: Ouh.. Alhmdllh, sbnrnya sy pun ada perasaan mcm tu terhadap awk. ~_____~
Maria: Err, tapi kan. Ada satu perkara yg betul2 buat sy nekad nak msg awk.
Alex: Apakah?
Maria: Kenapa awk jarang sangat turun solat berjemaah??

 Zraap, Zrapp, Zrppp...

Soalan itu bagai anak panah yang menusuk jiwa Alex. Pedihnya adoiyai..

(Sedangkan pd zmn Rasulullah, seorang sahabat drpd golongan Ansar langsung tak rasa sakit tika mana anak2 panah yang dilepaskan seorang musyrik terkena pada tubuhnya ketika beliau sedang solat. Subhanallah)
*sempat lagi tazkirah ;)

Alex: (lepas agak lama terdiam) Erm, knp awk tnye camtu?
Maria: Secara jujurnya sy sgt tertarik dgn peribadi awk. Tp prkr ni buat sy tertanya2, knp awk lepaskan ganjaran yg berganda tu?
Alex: Kalo ada orang tnye sy, nak kawin satu ke lebih, sy akan jawab, "Sy nak satu je." hehe..
Maria: Hah? Awk ni biar btol?
Alex: Betul yg mana? Yg solat tu ke, yg kawin? xD

Tanpa Alex sedari, gurauannya itu telah meremukkan expectation Maria terhadapnya. Selepas itu Maria langsung tidak membalas sebarang mesej dari Alex. (Mujur lah diorang kelas lain2)

* * * * *

Setelah beberapa lama, pihak pentadbiran telah mengadakan satu program yang dinamakan MKYM (bukan mukhayyam tau) untuk menguji sejauh mana pelajar-pelajar kursus itu mengaplikasikan pelajaran yang diajar dalam hidup mereka. Program ini juga mengambil kira markah mereka. Nak dijadikan cerita pulak, Alex dan Maria ditakdirkan berada dalam satu kumpulan yang sama. Bagi memudahkan cerita, Joe dan leya pun satu kumpulan dengan mereka. Mereka diberi seminggu untuk membuat persediaan.
*boleh pulak nak mudahkan cerita.. kui3..

Kumpulan itu terdiri daripada 6orang lelaki dan 9orang perempuan. So, sesi perlantikan ketua.

"Psst, jadilah ketua, tunjuk sikit kat budak tu." bisik Joe kepada Alex.
"Malas ah."

Tetiba Leya bersuara, "Weh, apsal dengan group ni? Masing2 buat hal masing2. Kita nak lantik ketua n penolong kan skrg ni? Apsal semua diam je?"

Tetibe pulak Zerol panas, "Saudari yg berkata2 sebentar tadi tu ada idea tak? Gaya bercakap mcm bnyk sangat ideanya." agak sinis nada suara Zerol.

"Ada, sy cadangkan Alex jadi ketua. Penolong pulak Maria. Ada bantahan?" sambil menjeling pada Zerol.

"Setuju!" Joe mnjerit mubasyaratan. hehe..

Jadi secara rasminya Alex menjadi ketua kumpulan itu. Namun masih tiada sebarang reaksi drpd Maria. Dia hanya tunduk menyetujui segala yang dibincangkan.

Dapatkah Alex memimpin kumpulan itu?
Agak2 apa nama kumpulan tu?
Adakah Maria akan kekal berkelakuan seperti itu?


Gambar Hiasan! Sumpah, sekadar hiasan je. ^__^
TO BE CONTINUED ?

Bagi yang baru mengikuti blog ini, kisah 'Saya Jujur' ni adalah sebuah epik yang aku reka sekadar untuk mengingati zikrayat aku dan member2 kiba sepanjang 3bulan 2minggu kami bersama. Sebarang persamaan characteristic dan event adalah disengajakan. Oleh itu mohon maaf atas segala kesulitan.
Selamat Hari Raya. Woha!!!

2 comments:

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    ReplyDelete
  2. salam .
    contiued please ! dah lame kawe nunggu . hehe
    bru bace jep ! :3 .
    btw nice blog ! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...