come with me

August 16, 2012

3 Months & 2 Weeks # كيبا # : Ep. 2

Assalamualaikum wbt..
Heyo kullukum!
(Wah! Dah start speaking arab.. hehe..)

* * * * *

Sebelum ending KIBA baru ni, ustaz kitorang mintak kumpul duit untuk dobi sejadah sebanyak 48keping yang dipinjamkan oleh Masjid Kampung Pandan 1. So, kumpul punya kumpul, dapat ah dalam RM200 lebih. Pergh, pemurah betul diorang ni ;). Pastu sejadah tu aku bilang punya bilang, lebih 7keping.. Pheww, ana mutasyaakir awi! ;)

So, ni antara sketsa yang melibatkan duit derma tu.

~Sketsa Duit Derma~

Aku: Abah, ni hah ada sikit derma utk dobi sejadah2 ni.
Abah: Ouh, ok.
Aku: Ada la dalam RM260.75.
Abah: Ouh, ok.
Aku: Budak2 ni kumpul, sekali dengan duit surau.
Abah: Ouh, ok.

Haha, bapak mesra kan aku dengan bapak aku. ^___^

Then tadi bapak aku pergi kedai untuk menghabiskan duit tu. (Beli mic baru)

Abah: Urm, mic mana yang paling terrrbaek?
Tauke: (dia tunjuk la apa yg patut)
Abah: Yang paling mahal?
Tauke: Erkk? (dia tunjuk pulak yg paling mahal)
Abah: Berapa harga?
Tauke: RM250 saja. Boleh kurang lagi. *wink2
Abah: Aaa, yang RM260.75 takde?
Tauke: @_@

Aku rasa tauke tu seronok gler dapat berurusan dengan orang mcm bapak aku. LOL. So, thanx KIBAians, kerana korang, masjid tu dapat beraya dengan mic baru yang mmg power ah.
*aku yg rasmi teraweh tadi.. woha!

K, next aku nak sambung sikit cerita pasal Alex ngan Maria tu...

* * * * *


Saya Jujur... حصة الثاني

[message received, Maria , 4.30am]

Maria: Assalamualaikum. Maaf mengganggu, nama saya Maria. Kawan Leya.
Alex: Waalaikumussalam.. Ouh, ada apa ek? Leya ckp awk ada sstu nak bgtau.
Maria: Hurm, haah. Sblm tu sy nak mintak maaf sebab ambk masa awk. Sbnrnya sy cuma nak bgtau yg sy minat kat awk.
Saat membaca mesej daripada Maria, Alex sangat sangat sangat terkejut. Kenapa? Dia pun ragu-ragu. Dia tidak menyangka Maria seorang yang macam tu. Tapi…
Alex: Haa? Awk serius ke ni? Ke awk main2kn sy?
Maria: Sy tak main2. Tp awk jgn fikir yg bkn2. Sy bukan nak ajak awk couple or bcinta. Sy cuma lbh suka berterus terang.
Alex: Ouh.. Alhmdllh, sbnrnya sy pun ada perasaan mcm tu terhadap awk. ~_____~
Maria: Err, tapi kan. Ada satu perkara yg betul2 buat sy nekad nak msg awk.
Alex: Apakah?
Maria: Kenapa awk jarang sangat turun solat berjemaah??

 Zraap, Zrapp, Zrppp...

Soalan itu bagai anak panah yang menusuk jiwa Alex. Pedihnya adoiyai..

(Sedangkan pd zmn Rasulullah, seorang sahabat drpd golongan Ansar langsung tak rasa sakit tika mana anak2 panah yang dilepaskan seorang musyrik terkena pada tubuhnya ketika beliau sedang solat. Subhanallah)
*sempat lagi tazkirah ;)

Alex: (lepas agak lama terdiam) Erm, knp awk tnye camtu?
Maria: Secara jujurnya sy sgt tertarik dgn peribadi awk. Tp prkr ni buat sy tertanya2, knp awk lepaskan ganjaran yg berganda tu?
Alex: Kalo ada orang tnye sy, nak kawin satu ke lebih, sy akan jawab, "Sy nak satu je." hehe..
Maria: Hah? Awk ni biar btol?
Alex: Betul yg mana? Yg solat tu ke, yg kawin? xD

Tanpa Alex sedari, gurauannya itu telah meremukkan expectation Maria terhadapnya. Selepas itu Maria langsung tidak membalas sebarang mesej dari Alex. (Mujur lah diorang kelas lain2)

* * * * *

Setelah beberapa lama, pihak pentadbiran telah mengadakan satu program yang dinamakan MKYM (bukan mukhayyam tau) untuk menguji sejauh mana pelajar-pelajar kursus itu mengaplikasikan pelajaran yang diajar dalam hidup mereka. Program ini juga mengambil kira markah mereka. Nak dijadikan cerita pulak, Alex dan Maria ditakdirkan berada dalam satu kumpulan yang sama. Bagi memudahkan cerita, Joe dan leya pun satu kumpulan dengan mereka. Mereka diberi seminggu untuk membuat persediaan.
*boleh pulak nak mudahkan cerita.. kui3..

Kumpulan itu terdiri daripada 6orang lelaki dan 9orang perempuan. So, sesi perlantikan ketua.

"Psst, jadilah ketua, tunjuk sikit kat budak tu." bisik Joe kepada Alex.
"Malas ah."

Tetiba Leya bersuara, "Weh, apsal dengan group ni? Masing2 buat hal masing2. Kita nak lantik ketua n penolong kan skrg ni? Apsal semua diam je?"

Tetibe pulak Zerol panas, "Saudari yg berkata2 sebentar tadi tu ada idea tak? Gaya bercakap mcm bnyk sangat ideanya." agak sinis nada suara Zerol.

"Ada, sy cadangkan Alex jadi ketua. Penolong pulak Maria. Ada bantahan?" sambil menjeling pada Zerol.

"Setuju!" Joe mnjerit mubasyaratan. hehe..

Jadi secara rasminya Alex menjadi ketua kumpulan itu. Namun masih tiada sebarang reaksi drpd Maria. Dia hanya tunduk menyetujui segala yang dibincangkan.

Dapatkah Alex memimpin kumpulan itu?
Agak2 apa nama kumpulan tu?
Adakah Maria akan kekal berkelakuan seperti itu?


Gambar Hiasan! Sumpah, sekadar hiasan je. ^__^
TO BE CONTINUED ?

Bagi yang baru mengikuti blog ini, kisah 'Saya Jujur' ni adalah sebuah epik yang aku reka sekadar untuk mengingati zikrayat aku dan member2 kiba sepanjang 3bulan 2minggu kami bersama. Sebarang persamaan characteristic dan event adalah disengajakan. Oleh itu mohon maaf atas segala kesulitan.
Selamat Hari Raya. Woha!!!

August 14, 2012

3 Months & 2 Weeks # كيبا # : Ep. 1

Assalamualaikum wbt...

Heyo everybody! Selamat Berpuasa. (^^,)

* * * * *
~Sketsa Sahur Pagi Tadi~

Mak: Abang, bila kita nak beli barang raya?
Ayah: Urmm, ahad ni lah.
Mak: Ahha, nice. Kita pergi lepas Solat Sunat Aidilfitri ye.
Ayah:>__<

* * * * *

Cerita ni cerita betul yang berlaku pagi tadi tapi aku saje edit kasi phewww sikit.. hehe..

So, masih belum terlewat kan nak ucap Ramadan Kareem!! Dan dengar jawapan Allahu Akram!! Aku mmg respect giler kat bapak aku sebab tak selok langsung walau raya tinggal 5hari lagi. So tahun ni spesel sangat, persiapan utk raya adalah sekadar sahaja kerana pemergian Ramadan amat kami tangisi... Sobssobss... (dengan pemergian aku sekali)...

So, rasa mcm nak pegi muhasabah diri tak? Belum? Urm, disebabkan tajuk kat atas tu KIBA, aku nak selit ah sikit kisah rekaan aku yg ada kaitan sikit2 dengan KIBA tuh.. Check it out~~~

* * * * *


Saya Jujur… حصة الؤلى

“Bro, awek tu tengok kau lah!” bisik Joe pada Alex.
“Yang mana?!”
“Alaa, yang tudung biru laut tu.. Yang rendah-rendah, kiut kiut tu.. hehe..”

Alex dan Joe (bukan nama sebenar) adalah antara pelajar yang terpilih bagi mengikuti satu kursus persediaan selama 3bulan 2minggu untuk ke luar negara. Alex merupakan pelajar tajaan sebuah institusi, bekas pelajar sekolah agama. Perlakuannya sedikit sebanyak mengambarkan latar belakang dirinya. (Alim boh) Oleh itu dia sering menjadi perhatian gadis-gadis walaupun rupanya tidak seberapa. Joe pula pelajar tajaan sebuah yayasan negeri. Sifat dan sikapnya agak berlainan daripada Alex. Namun entah persamaan apa yang membuatkan mereka cocok apabila lepak bersama.

“Bala, dah sebulan kita kat sini, takkan kau tak kenal lagi nama budak tu?” kutuk Alex.
“Aku mana usha perempuan doe, jaga mata.” jawab Joe dengan nada bergurau.
“Dah tu macam mana kau tahu budak perempuan tu tengok aku? Hah, kantoi sudaaa!”

Hal ini seperti perumpamaan Melayu, ‘umpama berenang dengan pirana’. ;) 
Bila kat Tanah melayu ada pirana pun aku tak tahu. Haha… Ktaklawak..

* * * * *

Sementara itu…

"Weh Maria, dari hari tu aku tengok kau asyik pandang Alex tu. Berkenan ke?" soal Leya yang kehairanan melihat telatah kawan baiknya itu.
"Haah" jawapan ringkas yang sungguh teramat sekali padat dan juga mengejutkan!
"Uish, kau biar betul? Mengigau ke ni? Hello? Hal enti majnun?"

Namun soalan bertubi-tubi daripada Leya itu hanya dijawab dengan sekuntum senyuman dari bibirnya yang comel itu. ^_^

* * * * *

Nak dipendekkan cerita, (aku memang tak boleh jadi penulis la, pemalas parak!) =,='

Alex dan Leya dulu merupakan classmate atau dalam Bahasa Melayu rakan sekelas. (LOL) Jadi Leya sangat teruja dengan jawapan pendek dari pada Maria. Jadi secara automatiknya Leya telah menjadi orang tengah antara Alex dan Maria. Weee~~~

[message received, Leya , 3.20am]

Leya: Wei, aq ada sstu nak gtau nih.
Alex: Tak reti bagi salam ke makcik oii.. :3
Leya: Erkhh, Assalamualaikum!!!
Alex: Waalaikumussalam. Kan comel camtu. Hah, ada ape?
Leya: Jangan lah mengayat aq! Grr.. Ni nak bgtau yg member aku ada sstu nak cakap kat ko.
Alex: Haha, bnyk betol sstu korang ni.. Siapa? Apa?
Leya: Jap lagi dy msg, dy tengah tahajjud.
Alex: Wah!! Okokok.

* * * * *

[message received, Maria , 4.30am]

Maria: Assalamualaikum. Maaf mengganggu, nama saya Maria. Kawan Leya.
Alex: Waalaikumussalam.. Ouh, ada apa ek? Leya ckp awk ada sstu nak bgtau.
Maria: Hurm, haah. Sblm tu sy nak mintak maaf sebab ambk masa awk. Sbnrnya sy cuma nak bgtau yg sy minat kat awk.
Saat membaca mesej daripada Maria, Alex sangat sangat sangat terkejut. Kenapa? Dia pun ragu-ragu. Dia tidak menyangka Maria seorang yang macam tu. Tapi…
Alex: Haa? Awk serius ke ni? Ke awk main2kn sy?
Maria: Sy tak main2. Tp awk jgn fikir yg bkn2. Sy bukan nak ajak awk couple or bcinta. Sy cuma lbh suka berterus terang.
Alex: Ouh.. Alhmdllh, sbnrnya sy pun ada perasaan mcm tu terhadap awk. ~_____~
Maria: Err, tapi kan. Ada satu perkara yg betul2 buat sy nekad nak msg awk.
Alex: Apakah?
Maria: Kenapa awk jarang sangat turun solat berjemaah??

TO BE CONTINUED ?

gambar hiasan

* * * * *
Persoalan 1 - Adakah tindkan Maria dikira dakwah jika dia niat utk brdakwah?
Persoalan 2 - Adakah sesuai tindakan Maria?
Persoalan 3 - Apakah jawapan yg Alex akan berikan?
Persoalan 4 - ...
(arghh, bnyknya persoalan!!! ptotla ada rancangan tnyelah ustad skrg ni) LOL


August 13, 2012

3 Months & 2 Weeks # كيبا # : Prolog

السلام عليكم

Heyo everybody!!

*krik krik krik (bunyi jari sbb dah lama tak sentuh keyboard) haha, ktipu. xD

Secara jujurnya sungguh lama yang teramat sangat sekali aku tak sign in blog ni. Tapi bukan ada orang kisah pun aku update ke tak.. Hewwheww, perasan hot.

K, taknak merapu.

Selamat 2bulan 3minggu ni aku berada dalam 1 program persediaan utk ke timur tengah. Tak lama lagi korang kena pakai Google Translate lah kalo nak baca blog ni.. Wakaka.. :)

Yang aku peliknya kan, program ni OSEM giler sebab minggu suai kenal dyorg panggil Orientasi SEmarak Pelajar. Jyeah! *gempak kot bunyi

Then kalau hari2 biasa, pagi gerak pukul 7.45 dari hotel (pergh, kitorg stay kat hotel!!)
Then lepas solat Dhuha, ada thabur (perhimpunan) mcm kat sekolah dulu. Tapi tiap2 pagi ada orang akan buat drama.. Contohnya camni:


Then pukul 9 masuk kelas, belajar, 10.30 rehat, belajar, 12.30 rehat, pukul 2 belajar lagi, pukul 5 solat, siap solat ada kawat! *sayasukakawat (ayat majaz nau)

Pastu malam, standard budak surau akan stay kat surau sampai pukul 10, then aktiviti bebas.

*****

Itulah serba sedikit hidup aku dalam 3bulan 2minggu kebelakangan ni.
(Lagi 1, kitorg ada tulis jurnal tau, dalam bahasa arab.
Nnt ada kesempatan aku snap k)


Hah, ni lah salah satu kenangan paling manis aku kat sana sebab ni lah first time aku lead 1team yang dalam team tu ada orang yang lagi tua dan matang dari aku, yang lagi hyper dari aku, dan yang lagi cool dari aku.
(aku cool ke? haha, biarkan persoalan tu)

Aku langsung tak sangka boleh dapat nombor 2! Pergh, mmg masyuk ah team ni.. Tabik spring utk korang!

 Akhir kata: Selamat berjuang di bumi Anbiya!

~end of prolog~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...