come with me

mY pHonE's ChrOnoLoGy

Hey, Asalamualaikum!
Thnx for visiting me here..
Ok, page ni untuk ape? haa, korang ada hobi kan?

contohnye:
Ni Adam Mahmud..
Aku xpenah jumpa org yg jdkan sesuatu lebih dari sesuatu sampai xkesah pada sesuatu selain sesuatu...
bhahahaha (ayat cam tutt jeh)
Dia ni kaki bola, segala2 dlm idop dia mesti bola, itu bola, ini bola.. Hinggakan kalo ada kelas ptg dia akn tetiba keluar kelas (kalo x pun ponteng terus) sebab nak maen bola.
Tak boleh nak salah dia, dah tu hobi dia, bukannya dia hisap dadah ke merokok ke or wuteva yg merosakkan :D
(bro, gua backup lu nie beb)
Tapi baru ni kaki dia patah, :'( sian meyh.. Takziah
Doakn lah dia supaya cepat sembuh..

Ni pulak Ammar Abdullah..
Budak ni fanatik gler vavi dengan sistem monarki, smpai aku naek tension ~_~'
Cuba bygkan, tiap2 kali dgr siren polis
(dia dpt bezakn antara siren polis/bomba/ambulans tau)
berlari2 sbb nak tengok sultan apa yg lalu.
Pastu siap tahu lagi tu kereta sultan mana.. perghhh..
Memang dahsyat ah dia ni!
Pic ni ambik time tadarus kat Istana Abdul Aziz ramadan baru ni..
(tiap2 malam dia nak pegi)

Sekarang ni hobi aku pulak.. :D
Ni la hobi aku:
Tiap2 kali aku keluar bandar, aku akan jalan sorang2, pastu pergi kat kedai hanfon..
Then usha model baru dan hot, tanya harga, buat2 macam nak beli (padahal nak test jeh) patu blah!
bhahahahahaaaaaa.. sorry tokey!

First time aku pakai fon sendiri, masa form2.
Sebelum2 tu aku mcg awex pakai mak punya fon..
hehe, tq mak sbb kasi pinjam!

Ni lah fon pertama aku
ALCATEL OTS 120
Aku beli fon ni ngan Aliif Qiwa 
(mak dia suruh bg free je, tp dia na duit)
so, aku pun bayar la RM20!!
Woha!

Then rasa tak market la pulak pakai fon tak branded.. haha..
So, aku pinjam lak fon Amir Asyraf (sebab dia ada DUA)
Nokia 6021
Tapi pada satu pagi, lepas solat subuh, warden suruh semua kumpul kat dataran..
Dia ckp, "Sesape yg ada bwk hanfon, pergi ambik sekarang!"
Sumpah cuak gler weii..
Tp aku xpegi ambik pun, sbb bukan aku yg bawak, aku guna jep. huhu..
Mintak maaf ustaz :'( 

Disebabkan pagi tu, aku bg semula fon tu kat dia, kang xpasal2 aku kene ganti.
Aku pun jual lah alcatel td dgn harga RM50 (untung gler!! haha) then beli fon nih..
Nokia 3100
Yg ni 2nd hand, aku beli dari sorang senior, dia cakap elok lagi, aku pun beli dgn harga RM60+RM20 kos penyelenggaraan..
Tapi xsampai sebulan pakai tiba2 jd arwah.. Cit, penipu punya orang! :p
Mujo Rauf Rahimi nak. Katanya, nak buat 'umpan'..
hehe, paham2 je la budak2 asrama kan.. ;)

Lepas dapat duit dari rauf, aku beli plak sebijik lg fon 2nd..
(xserik2 lg tuh.. haih..)
Nokia 1100
Adoiyai, akulah jenis manusia yg suka percaya ckp org ~_~''
Tapi ada hikmah yg tersembunyi.. Apa?
Fon ni rosak waktu malam, simcard xleh detect teros..
Keesokan paginya kene rampas!!!
Hahaha, terima kasih kepada warden sbb mudahkan kerja pelupusan.. XD

Berkebetulan masa tu dah dekat nak raya (taon 2009)
Aku pun pegi kedai usha fon baru..
Pergh, nokia ada model baru mirip xpress music!!
Excited jap aku, pikir sekali je, terus beli yg nih..
N5000
 Lama jugak pakai fon ni, tapi boring lah nokia...
Jom pergi kedai lagi!!!! :D
usha punye usha punye usha, sangkut kat sony ericson,
so, carilah yg paling murah (sbb xdpt duit raya lagi) huhu
W350i
Okay, kita dah sampai part paling tragis!!!
Sebab aku pakai fon ni tak sampai 2minggu pun..
Hari tu hari jumaat, lepas balik dari masjid, sume orang cari katil sbb nak landing,
penat lah katakan..
Aku pun sama, tp tetiba ada msg, member lama aku rupanya, Jenny nama dia..
Tengah2 msg, ada orang bukak pintu, aku pun buat2 tidur.
Pastu aku rasa fon aku mcm kene tarik2..
Arghhhh, earphone!!!!
Sob sob :'(
Time tu warden masok bilik, cari orang nak mintak tolong.
Silap tol sbb lupa cabut wayar earphone tu.
Dia la yg tarik earphone tu sbb na tahu ape kebenda, dahh kantoi..
Sejak hari tu aku fobia pakai SONY ERICSON..

 Next, mak aku tukar fon, dia kasi lah fon lama kat aku..
Aku pun tukar nombor, guna maxis..
Nokia 1110
 Waktu ni kat asrama dah dibenarkan bawak fon, tapi bukan secara meluas..
Susah pulak guna maxis sbb fren semua celcom.
So, beli pulak number celcom tp maxis still nak pakai..
Camne ek?
Satu hari balik umah, tolong mak kemas2 umah, tetiba terjumpa ni
Nokia 8520 @ butterfly
Mak cakap akak punya (pakwe dia bg kot) (sekarang da jd abg ipar aku)
Aku tanya lah akak aku, tetiba dia cakap ambiklah..
Fuiyoooooo! sayang akak! ;)
Moral: tolong lah mak korang sama ada dia mintak tolong @ tak
Disebabkan tu barang lama, noob la sket, so aku pun jual kat Muhaimin utk beli ni...
Nokia 1600
 Dengan aman aku guna duadua fon ni sampailah ada spotcheck besar-besaran!
Aku pelik betul, apsal la ambik dua2, ambik sebijik cukup ah...
Haish, tension aku sampai tulis note ~dua nyawa~

Mujurlah sebelum dua nyawa kene rampas tu, ada babak ni..
Akak aku: Adik, hanfon yg kene rampas dulu ustaz xpulang lagi ke?
Aku: InsyaAllah, dah jadi arwah dah hanfon tu.
Patu dia masok bilik dia, ambik sesuatu, patu dtg kat aku, sambil letak benda ni
K530i
Dia cakap, "Ambikla fon akak ni, akak beli fon baru.."
perghh, macam mimpi jeh.. haha..
Bertambah sayang aku kat dia.. ;)
Terus hilang fobia aku kat SONY.. hehe

This is my latest fon setelah trade in K530i sbb sllu stuck in the moment :D
J20i
Tapi aku pakai selama 2bulan20hari sahaja..
Then jual kat DSN sbb Blackberry kene rampas ngan ust.rais.. haha
So aku pakai fon mana?
Ni lah fon aku yang paling aku sayang!!!


Canggih kan?? haha, pengaruh transformer la ni..
Tapi besh glerr, nipis ringan dan mudah dibawa ke mana2..
Yeah!!!

Then angah aku kutuk aku sebab pakai benda alah ni :3
Haha, sebenarnya aku pun segan nak reply msg tima kat public.. Atoii..
So... Aku upgrade sikit!


cute tak? XD
Lepas habis SPM aku ada buat deal ngan bbrpe org yg aku takkan tinggalkan fon pink tu.
Ahha, aku janji takkan tinggal, aku tak janji utk tidak menduakannya.. Wakaka..
So, berbekalkan saki baki duit saving aku utk meminang (sesape) nnt, i've bought this..

HTC Wildfire

P/s: Semua orang ada hobi masing2 dan xde sesape ada hak utk kutuk hobi sesapa selagi ia tidak mndtgkan mudarat dan bercanggah dgn syariat... 
peace!!!

aku akan update page ni tiap2 kali aku tukar fon, so sesape yg rasa mcm nak je fon yg aku pakai, bgtau je..

4 comments:

  1. hahaha lawak laa baca kisah hobi unik ni.. keep it up bro!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, takde la unik sgt.. tp minat masing2 kan.. :D tq

      Delete
  2. whoaa. mesti muka kau jadik wanted kat hostel dulu kan. btw,kakak kau best oh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. xde ah wanted sgt.. boleh tahan lah sbb aku xbuat kes lain.. ngee ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...