come with me

June 17, 2011

Result ! ! ! [Meet me halfway]

Pergh.. 
Lama btol aku cuti baru ni, xpenah lg dalam 5tahun ni aku cuti lama mcm tu..
haha.. 
So aku ambik keputusan utk balik hostel awal sikit dari org lain
(sbb nak cari semangat yg hilang!) :D


Baru seminggu skola, and aku bajet dlm minggu ni kurang belajar sbb ckgu belaka busy check midyear exam paper. Lepas diorg check, diorg wat pe? hahax, bagi result tu kat kita semua lorhh! Adoiyai, dari kecik sampai besaq, xabes2 cuak bila cikgu sebut nama utk ambk result..
Lemah lutut aku
tp kena la buat2 cool sbb ramai doe awek kelas aku..

So, resultnye:


Bahasa Melayu
turun 1markah! haha, yg ni aku rasa nak jerit jeh,
"aku org KAMPAU!!" :p

Bahasa Inggeris
entahlah, tp aku bangga gler siot ble tcer ckp,
"ni lah satu2nya murid yg dengar ckp sy."
aku rasa mcm nak guling2 kat depan kelas tuh..
bhahaha

Matematik 
yg ni mula2 aku musykil, sbb masa discuss ckgu langsung xpandang aku,
'aku ada buat salah ke?'
tp time nak balik aku kene jumpa dia utk bg rekod kehadiran, then dia ckp,
"TAHNIAH!"
pergh.. terharu giler
(baru aku tau dia ada masalah family, sbb tu nmpk tensen cket)

Sains
peningkatan mndadak!
haha, baru sedar sains adalah tentang kita.. :)

Sejarah
i hate myself setiap kali ckgu sejarah masuk
aku benci bila aku xleh tahan ngantuk, aku benci bila budak2 ni buat cikgu merajuk.
Tapi aku perlu bljr sejarah sbb dah banyak sejarah menipu kita semua.

Bahasa Arab Tinggi
aku xberape paham apa yg ustzh ajar tp alhmdllh still bleh score kud sbb...
aku potong yg kat atas ni sbb aku tak maksudkannya.. sumpah!

Pendidikan Quran Sunnah
yg ni xleh bla!
cam ikan kena tuba je aku rasa. habis kene pangkah,
"ustzh peliklah dgn awk org ni, duk skola tahfiz, tp knp xleh jwb?"
grr... :'(

Pendidikan Syariah Islamiah
tak naik tak turun.. LOL

Ekonomi Asas
hahax, yg ni paling aku meremang bulu roma!
aku dapat markah ke2 trtinggi (ok la an) then tcer tu ckp,
"sy dah nmpak bintang2 bersinar utk score straight A dlm spm nnt."
zasss~ mcm kena kejutan letrik voltan rendah..
(masa aku aminkan doa tu, aku dpt rasa jantung aku laju semacam, semoga Allah izinkan)

Prinsip Akaun
disebabkan cikgu ni sama ngan cikgu ekonomi, so,
pujian tu berterusan walaupn xtau lg result sbnr aku camne..
(hancussss)

Additional Mathematics
LULUS!!!
haha, sbnrnye aku target A- (poyo gler an?)
tp aku btol2 nak A+ addmath.
aku dgr khabar angin ada orang dpt A (jelez gler ouh!)


So, aku harap boleh baiki diri jd lebih bagus lagi!


p/s: Aku harap xde orang anggap aku belagak.
Sifat manusia lah kan kalau rasa bangga
dengan pujian orang lain.
Tapi aku harap kalau korang nampak
aku jadi riak, 'ujub, takbur or
wuteva yg menuju ke arah kemusnahan..

Tolong Ingatkan Aku!
Aku betul2 takut kalau ni cuma sekadar istidraj!
Oh Tuhan! Ampunkan aku..
Sumpah! Aku betul2 takut!

Aku pun harap kita semua dapat result
terbaeeek dalam setiap exam yang kita akan hadapi.
~Dunia dan Akhirat~

June 10, 2011

Perang Dah Tamat ???

Alhamdulillah, perang dah tamat!

Betul ke?
Ingat lagi betapa kecohnya masa U.S. serang Iraq 11 september dulu? Bertahun-tahun tv duk siar cite perang. Kat palestin pulak, macam2 video rakyat kene tembak, rumah kene bom, macam2 lagi tersebar. (tragis!) Dulu kat Lubnan, kita tengok perjuangan Hizbullah, entah berapa korban perang yg sebenar, sape yg tahu? Then banyak lagi sampailah yang terbaru, Libya. (huh~ entah sape betul, sape salah?!)

Tapi sekarang cuma berita tentang kematian anggota NATO dan sekutunya sebab nak meredakan kekecohan yang berlaku kat negara bergolak! Ada ke berita tentang jumlah rakyat negara tu yang jadi arwah? Ada? 

Bukan aku nak bangkitkan isu, tapi memang perlu! Kita hanya berapi bila diapi-apikan. Bila media diam, kita pun diam sekali.  Itulah kita!

AKU LIHAT LAYU DALAM MELAYU

 
Aku lihat layu dalam Melayu,
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak,
aku juga bercadang bertanya tuan punya,
tapi bercampur risau dan tak tergamak,
nanti dikata tak bersyukur, tak sedar diri.

Jadi aku menyendiri,
memerhati dan akhirnya mengakui,
yang kita sendiri,
membiarkan bunga raya melayu ke kanan,
dan dibiar bunga tak cantik di kiri.

Aku lihat layu dalam Melayu,
tanah air kita yang punya,
kita siram,
kita baja tapi angin api kita lupa,
mereka merancang masa menjilat bangsa,
13 harimau betukar menjadi mangsa,
kita lupa nenek moyang kaya-raya,
jangan sekali-kali digadai harta benda.

Kulihat layu dalam Melayu.
Kulihat layu dalam Melayu.
 
Takkan Melayu hilang di dunia,
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia,
kalau kewujudan tidak dirasa,
petah berbahasa kudrat tak berjasa,
orang berbudi kita hanya tahu merasa,
selalu lari bila dirapat,
selalu malu bila soalan diaju,
selalu segan memberi pendapat,
rela mengikut dari meneraju,
belum menyanyi sudah bersorak,
suka berjanji dalam borak,
bukan kata tak ada otak,
cuma berfikir di luar kotak.

Kulihat layu dalam Melayu.

Aku jadi sayu,
bunga menangis dia mendayu,
mahu jadi cantik tetapi ragu,
Aku merayu,
bangunlah semula hidup kembali,
jangan tunggu matahari mati,
cepatlah mekar sebelum terlerai.

Perjuangan kita belum selesai.


Kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda,
bangsanya yang berjaya...

Perjuangan kita belum selesai!

Bukan Aku, Bukan Kamu!

Angin syahdu yang tadinya menyapaku,
kini sudah berlalu,
tapi aku, bangsaku masih di sini,
menjadi tuan di jalanan sepi,
menyendiri...

Modenisasi, globalisasi...
membutakan muda mudi,
atas nama kebebasan diri,
lupa mereka pada Ilahi,
hingga hidup susah sendiri,
lalu yang dipilih, mati...

Peluang menari di depan mata,
tapi tak terkata apa,
kata apa saja tetap sia-sia,
bila peluang sudah berlalu,
mulalah mereka berlagu,
sayu...

Bila tua, duduk berteleku,
tak sanggup lagi berseteru,
terkenangkan kisah-kisah lalu,
lalu tersedu-sedu,
tak sanggup lagi membuka lembaran baru,
kaku...

Inilah yang kulihat dalam Melayu,
ku benar berharap itu,
bukan aku,
bukan kamu...

Hai, asalamualaikum! aku baru dlm dunia blogger ni, so sesape yang dah pro tu, hulur2 la cket tunjuk ajar eh :D Thnx.. haaa, jgn lupa follow tau! haha~
Terima kasih sebab sudi jenguk :)

June 9, 2011

When 'They' Come For Me

Semalam aku jadi kucar, sbb ptg semalam aku balik dari hostel ada tok. (aku xbenci dia, aku benci 'bnda' yg ada dengan dia!) Please imagine, time makan dia akan cubit sikit nasi then letak bawah meja! Bagi sape? Semalam masa guruh, dia marah aku, suruh bukak pintu sbb 'adik' nak masuk. Sape menatang tu? Shit!
thats why haru biru sikit, marah, takut, seram, cuak, mcm2 ada. (mujur aku cuti 2hari je)

..::Love Story::..

Sejak aku jadi remaja ni, tiap2 kali tazkirah, ceramah, motivasi or wat eva mesti kaitkan dengan cinta monyet dan couple sampai aku naik bosan dan meluat dengar ceramah :p .. bukan aku egois tapi.. bayangkan orang nak sekat korang makan, boleh ke? No way! Lainlah kalau orang nak kawal pemakanan korang dengan balance diet, sudi jugak kan?

Ada seribu satu cara korang bercinta kan? tp konklusinya ada 5 je, permulaan, perkembangan, konflik, klimaks dan peleraian (ada lagi ke part yg aku lupe?) dan yg membezakan step2 ni adalah jangka masa, short-term or long-term..
(tengok tu, ada yg dah xsetuju! haha.. :p) Aku tengok sume member2 aku yg couple sume gampang, lelaki ke perempuan ke, sama je (tapi lelaki lg siot ah).. kata sayang, kata setia, nak sampai ke jinjang pelamin tapi for the same time msg gak awek lain dgn janji yg sama.. yang aku xleh blah, yang pompuan tu pun same.. dgn alasan buat spare.. hahaha what the hell is going on?

Initial concept: (kalo xsetuju, buat mcm bese, simpan dlm kocek seluar belah kiri)
Cinta merupakan satu dimensi asing bagi remaja, alam tanpa dinding, mereka yang masuk ke dimensi ni seolah2 in a game, LoveGame, setiap cinta yg diperoleh merupakan 'point' yg diperoleh. Thats why muncul golongan yg bermain cinta. Ada gak golongan yg menjadikan cinta yg diperoleh sebagai 'life', dyorg akan jaga cinta tu then bile dyorg kehilangan, they'll die! ustaz aku xmenafikan ada yg bercinta sampai ke jinjang pelamin, tp 1 dalam 1000.. then yg 999 lagi hanyut dlm kegagalan yg abadi sampai mati!

p/s: Sebagaimana yg selalu al-Fadhil al-Ustaz Saleh pesan, laksanakan amar ma'ruf nahi munkar walaupn kita hanya mmpu utk membencinya!
Aku berdiri dlm environment mamat2 yg tgh masyuk brkapel, secara jujur aku dapat kesan lebih bnyk keburukan drpd kebaikan. Tapi aku masih lemah, dan punca kelemahan aku sbb aku xmelaksanakan nahi munkar menjadikan aku 'a part of them!'
Ada org sound aku coz selalu talk about love, "woi, belum masa lg pikir pasal cintan cintun ni!" excuse me, kerana cintalah korang wujud kat muka bumi ni! (dlm hati aku: c'mon la bro, umur aku dah 17, plg noob pun 3tahun lg bapak aku dah bg kawen. Woha!)

Final concept: huh, dah muak dah aku cakap pasal cinta n berlagak mcm pakar bila ada orang tanya. Tapi sesungguhnya, (cewah) setiap percaturan dalam percintaan wajib korg sertakan Tuhan, sbb tanpa Dia, iblis laknatullah ayam je na conquer nafsu korang (penah ke korang dpt control nafsu secara total?) Aku salah sorang yg selalu di'conquer'.. T_T
Carilah cinta!

..::Teori Konspirasi::..

Aku start fanatik dgn teori konspirasi sejak form3, lebih drpd 30 secret society aku cuba kaji. Kalo kat asrama aku tu 4drpd5 bilik mesti ada 1 buku teori konspirasi dgn pelbagai title. Last2 timbul persoalan, ada ke semua ni?
Jawapan yg aku jumpa mmg best: "Setiap yg difikirkan ada! Hanya betul atau salah yang membezakannya."
paham? baru maghrib td (7.14pm 27/5/11) aku paham.. :D

Agak2 korang, sape yg sebar teori2 ni? freemason, illuminiti, bohemian grove dll.? Kalo dyorg sendiri yg sebar, katang giler dyorg nak hadapi dunia ni kan? Sampai skrg aku masih dgr soalan2 sal benda2 ni... berminat tol melayu pasal benda ni kan? (yg xmnt tu diam2 suda la)
untuk budak2 sekolah, suda2 la tanye pasal benda2 ni, bukan korang boleh ubah dunia ni kalo setakat bce buku konspirasi tuh. sejarah pun baru dpt B+.. (ada yg terasa? sorry..)

Initial concept: Best jugak teori2 ni, tp jgn la smpai memudaratkan diri sampai takut kat dyorg lebih daripada korg takut pd Tuhan, dah syirik namanya tu.. naudzubillah..
Final concept: Ada bnyk cara utk menambahkan iman dlm diri, kes ni pun kita boleh jdkan batu loncatan dlm meningkatkan iman. Dengar dan tahu, itu sudah mencukupi bg kita utk buat preparation menanti 'janji Tuhan'..

..::Kawan::..

Petang semalam ada sorang mmber lama aku msg, text punye text, dia pun tanya aku, "kalo ko jd aku la kan, apa ko nak buat kalo ko selalu tolong mmber dgn ikhlas, xde niat tersembunyi, tapi tetibe dia tikam belakang?"
Aku pun dah lama pikirkan benda ni..

Initial concept: Dalam hindu ada konsep Karma, sbnrnya ia datang dari Tuhan jugak, setiap amalan baik dibalas baik, amalan buruk dibalas buruk! Anggaplah perkara2 camtu sbg ingatan dari Tuhan atas setiap prbuatan kita..
Pernah, aku ada member yang mmg xpuas hati ngn sorang ni, then time duduk borak2 dia pun kutuk la, kononnye nak lepas perasaan. Alhamdulillah ada org tegur, "urgh, kenyang aku makan daging member!" (paham x ayat majazi ni?)
Pastu aku blah sbb xde isu yg cocok ngan jiwa aku, pergi pulak kat bilik laen. SubhanAllah! Ada sekumpulan tengah kutuk orang yang mengutuk td!

Final concept: Kalau korang jahil mcm aku, setakat ni xpayah lagi push minda korang utk pahami maksud tersirat Quran, cukuplah renungi maksud tersurat melalui kehidupan korang hari2, Demi Allah, korang akan jumpa kalo korang mengharapkan hidayahNya. (Tapi jgn la jd jahil selama2nya!)


When 'They' Come For Me
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...