come with me

August 29, 2011

Nota Raya

Asalamualaikum wbt..

Act, xde niat pun nak bukak blog nih, maklumla sibuk study kan.. hahax (menipu glerr). Ok, td pas balik dari solat zohor, mak aku suruh cuci kipas siling. Sambil2 tgok kipas tu pusing3, teringat lak kat korang2 sume. So, aku type a short msg then send kat sume nombor yg ada dalam fon aku. What a shock! majoriti reply ouh. hahaha, (rasa hot kejap) :D Thnx everybody! Ada yg xleh bla, reply "LIKE" je. Adoiyai, sabar je laa. Harap korang maksudkan apa yg korang send :)

~the point is~
Waktu ta'lim pas asar td aku sakit perut, so aku dpt dgr sket jeh. Tp amat terkesan ouh. Setelah tamatnya bulan ramadan masih ada golongan yg terkecuali drpd mndpt pengampunan drpd Allah! Naudubillah.. Antaranya ialah org yg suka bermusuh-musuhan. Korang ada kenal x sesape yg ske cari gaduh? Toksah pegi cari la, kkdg kite sndiri yg menaikkn kemarahan org then mulalah gado2.. ish3..
Pengajaran: jgn cari gaduh kerana ia amat merugikan! ;)

Haih, dah nak habis dah bulan yg Tuhan bg tawaran pengampunan extra.. Semua org harap diri diampunkan kan? Then esok lak (insyaAllah), hari tuk kita meminta dan memohon pengampunan extra! Aku ambik kesempatan ni utk minta maaf kat korang2 semua.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! :D

p/s: utk PMR n SMA n SPM n STAM nSTPMn wuteva, hang toksah raya sakan laa. kalo xdpt, bce niat ni:
~Sahaja aku korbankan masa bergembira di aidilfitri ini untuk mengulang kaji pljrn (exam yg korg ambik) demi masa depan agama, bangsa, negara dan diri sendiri, kerana Allah taala~
[amaran: ini bukan hadis @ dari Quran!]

Renung2kan dan semoga berjaya!

apa2 hal, komen kat bawah k

August 26, 2011

Everybody is looking... for something!

Play this song first


Stand up
You've got to manage
I won't sympathize
Anymore

And if you complain once more
You'lll meet an army of me

You're alright
There's nothing wrong
Self sufficience please!
And get to work

And if you complain once more
You'll meet an army of me

You're on your own now
We won't save you
Your rescue squad
Is too eshausted

And if you complain once more
You'll meet an army of me 

Salam alaikum!
What's up people! 
This is a story of S#*!@% !!!
(for ur information aku still puasa utk hari yg ke 27 ni, so xsedap lak nak maki2 org ^_^)
*apa sabed lagu kat atas? layan jeh~ haha..

20 hari lepas, entah dari mana aku dapat 'keberanian' utk jadi wakil mmber2 aku (kononnya) utk complain ttg big problem kitorg dalam pelajaran kat sekolah. Act, aku da fedup ngan mmber2 aku sebab kalo xpuas hati asyik maen kutuk belakang, cakap itu ini, bajet sstu akan trjadi ke? No way! 
There's no result if no action!
There's no probability if no event!


So, aku tulis la bnde ni, (zubir yg print) XD ...
Kebanyakan ayat dlm surat rasmi ini telah ditapis ...
Asa
2.            Sebagai seorang pelajar, saya memahami bagaimana seharusnya adab seorang pelajar dengan guru dan bagaimana untuk menghormati guru. Namun saya tidak dapat ***. Berdasarkan pengamatan saya, hal ini juga dihadapi oleh majoriti pelajar di ***. Beliau ialah seorang yang banyak bergantung pada emosi. Pembelajaran kami amat terganggu dengan perubahan emosi beliau yang tidak menentu.
3.            Di sini saya sertakan contoh agar pihak tuan lebih memahami situasi kami ketika berada di dalam kelas beliau. Sewaktu beliau sedang menerangkan tentang sesuatu fakta dalam pelajaran, ***. Hal yang demikian menyebabkan pelajar akan menjadi bosan dan berasa sia-sia mengikuti pembelajaran pada hari itu. Perkara ini akan mendorong para pelajar untuk melakukan aktiviti ponteng kelas.
4.            Sebelum menulis surat ini, saya telah menimbang pelbagai aspek. Buat pengetahuan pihak tuan, masalah ini telah berlarutan sejak sekian lama.*** mereka turut mengalami masalah yang sama. Oleh itu, besarlah harapan saya agar pihak tuan dapat merubah keadaan ini dengan melakukan transformasi dengan prinsip-prinsip yang lebih tegas dan waras.
5.            Berdasarkan aduan para pelajar yang mengatakan mereka memerlukan seorang guru, pihak tuan telah bertungkus-lumus mencari guru untuk memenuhi keperluan pelajar. Saya amat menyanjungi tindakan ini. Namun, saya agak kecewa kerana guru yang disediakan untuk kami bukanlah seorang yang mengetahui selok-belok ekonomi yang dikehendaki dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Buat makluman pihak tuan, dua subjek ini adalah antara subjek mudah untuk skor A+ dalam SPM. Namun perkataan ‘mudah’ itu tiada dalam kamus para pelajar di sini kecuali mereka menyertai tuisyen di tempat-tempat lain.
                Adakah ini yang diharapkan pihak tuan? Menjadikan kelas tambahan sebagai wadah utama pembelajaran? Jadi, mengapa pelajar perlu datang ke sekolah? Adakah sekadar memenuhi syarat kementerian yang mewajibkan semua warga Malaysia yang berumur 7 hingga 17 tahun agar pergi ke sekolah?
 *banyak part yg perlu di tapis sbb bimbang mengaibkan sstgh pihak..
Tu baru intro lah, ni cite sebenarnya..
Ada sorang budak ni, dia dah skola situ dari form1, so kiranya dia bajet dia lebih arif dan memahami sekolah tu berbanding aku :p dia datang kat aku time exam UPT3 baru2 nih,
"weh, aku na nasihat kau, jangan la buat camtu.."
"buat mende gop?"
"tulis2 surat tu lah, kau tahu x, bahaya buat camtu."
"kenapa bahaya lak?"

pergh... sumpah aku xdengar apa yg dia cakap sbb aku xnak dengar apa yg dia ckp!

Bodoh btol orang macam ni! Dulu time Bersih 2.0 punye la kau berapi sokong. Tu tak bahaya ke? Ok fine, kau cakap kau di pihak yang benar kan? Then aku? Bukan aku buat demo la sial! Aku just tulis surat, nyatakan kegusaran hati, that's all! Bukan ke kita kita ada hak bersuara? Kau tak tahu apa2 tak payah la bnyk cakap! (no politic here)

everybody is looking... for something!
Setiap orang ada sesuatu yg dia nak dlm setiap perkara yg ada dalam hidup dia.
So, aku just nak kesempurnaan dalam pelajaran.
Ni tahun terakhir aku dlm alam 'sekolah',  sepatutnya aku tak payah la na menyibuk susah2kan diri hantar surat, pegi mengadap pengetua, mengadap cikgu tu, cikgu ni, habes sume aku kene mengadap!
Tapi cmne ngan adik2 kita nnt? (walau aku xde adik)
Takkan diorang perlu hadapi masalah yang kita hadapi?
C'mon la semua! Memang dalam setiap tindakan yg kita ambik, akan terbentuknya 2golongan: yg sokong dan yg bantah! (ada kot yg neutral)
So, aku amat mengalu-alukan kpd mana2 student yg nak teruskan second wave ataupn terus buat revolusi or transformasi or.. wuteva..
Kenapa? Sbb prkara ni dah berlarutan terlalu lama sampai ayat ni sentiasa dialunkan di ufuk timur dan barat
"itulah sekolah agama!"

p/s: 30min lepas aku hantar surat, mudir pggil aku, Alhmdllh, dia paham aku n mmber2 rasa, tapi masih belum ada penyelesaian. Dia cuma harap aku n student lain dapat terima ini sbg satu kekurangan dan ujian dari Tuhan. Then aku pun murnikan hati utk absorb segala apa yg dia nasihatkan. Tapi korang? huh~

August 5, 2011

You gotta plan?

Kita merancang Tuhan menentu..

Kenapa tajuk tu ada question mark? haha.. Check this out!

Malam jumaat lepas (29/7/11) ustaz aku buat pengumuman, "attention to all f4 and f5 student, banin only, please gather in front of musolla after hajat prayer.." Agak cuak gak la, pikir2 ada buat salah ape la smpai ustaz nak jumpa..
Then sume kumpul dpn dia, (muke bleh tahan serius).. Soalan 1st dia, hari sabtu ni korang ada kelas? Student SMt ckp dyorg ada seminar chemy.. So, ustaz suoh dyorg blah.. Tinggal la 'kami' (student SMi, 5org f5, 5org f4)
"Eh, sikit je eh yg nak mendalami agama?" pergh, ayat makan dalam!
"Ok, esok pergi KL." what? Dia ingat KL lumpur tu belakang umah tok anjang dia ke? Time tu aku mmg xpuas hati gler. Sebabnya  aku dah plan nak balik umah, sbb angah aku balik! Lagi pun, xjelas apa yg nak dibuat kat KL.
Tp telah ditakdirkan aku terlupa nak tarik diri.. (camne tu ek? tp aku mmg btol2 lupa!)

Sabtu pagi (30/7) sume yg pegi kumpul kat lobi.
2student DiP ikot.
3taikotai,
6taiko,
then yg laen sume budak2 f1 n f2...
Sepanjang duk dalam bas tu, aku sangat sungguh yg teramat mengantok, tp xleh lelap lgsg sebab beruk2 ni buat koya!


Huh~ sabo je la.. Dyorg buat gampang sampai lah sampai kat KL lumpur.. 
Then ktorg benti lunch kat Saloma Theatre Restaurant.. 
Terbaeek.. :D










Suda kenyang Alhamdulillah..
Our next destination >klcc>floor42>skybridge


pergh... siap pakcik polis escort..
Masjid Negara
















(pergh, dan aku tonton RIO sementara tunggu habes upload gambar!) ~_~

Ok, next we're going to Petrosains... tp aku malas nak upload sbb, gmba 2 taon lepas yg pergi sblm PMR pun blom habes tgok lg.. hhahaha~

Malam tu pulak, Alhamdulillah dpt bersama2 dgn Sheikh Jibril! Subhanallah!



gamba org pun bleh la. (xsmpt na bgmba dgn beliau) T_T
Fuhh~ makan malam paling xleh bla, western parak! Tp sedap juga.. Hehe.. XD

Seterusnya last day, pagi keesokannya, budak2 ni entah angau apa na sangat mandi kolam, (padahal kat asrama ada swimming pool) haha, lepas subuh ramai yg turun sbb nak terjun kolam.. (aku senap cket sbb.. err.. sbb.. err.. hehe..)


hahax, comel kan si montel tuh.. bhahaha


Xlarat aku gelak tgok budak2 nih.. adoiyai...
Ok, next, our last destination, pegi dengar ceramah ESQ kat auditorium proton (aku xingat ape nama tmpt tuh)







p/s: betapa hebat Tuhan merancang. aku yg mulanya xnak pegi, then bersyukur yg teramat bila dpt pegi coz i enjoy the trip so much!

Ketahuilah:
Kita merancang, tapi rancangan Tuhan adalah yg terbaik!

Dan 'itu' Milikku..? ^_^

Hey peeps!
Act aku xtau camne, dari mana, bagaimana, aku nak start cite, haha.. Maklumlah, dah 5-6minggu aku simpan (pendam sebenarnya) segala yg aku rasa utk tulis dalam blog nih (sebab dah lama xbalik rumah).. So, aku decide untuk start dari yg latest! :))

Semalam 5Ogos/5Ramadan, tarikh yg aku tunggu dari hari 1st aku sahur kat dewan makan, time tu aku ambik 37biji beras yg telah mnjd nasi, 1/2 ekor ikan yg dibelah dua beserta kuah, 1/4 gelas air teh kelat yg ditambah dgn 0.2liter sky juice, then duduk sorang2 kat meja (ahli bilik aku yg lain still berdengkur, susa tol na kejut dyorg, hadoiyai~). Masa kunyahan pertama tu, susahnye na telan, apatah lagi teringat lak kat Mak, Abah, Akak, Angah, Abg Hamdan n Si kecik (Hazim), nak meleleh rasa ayer mata, mujo ada taik mata yg menggunung sekat.. (euwww) hahax..
*ayat di atas kbnykn adlh majaz

Back to the story, bapak aku dtg ambik aku pas asar smlm, then cam bese, aku letak beg, masuk dalam kete, jalan! Haih, aku dah la pendiam, bapak aku pun pendiam, radio pun diam, dengar bunyi enjin kete je la.. (ni la kebiasaan aku ngn bapak aku time dalam berdua je dlm kete)..
Then time aku pegang Quran, belekbelek, bapak aku tegur,
"Imam mana tahun ni?"
"Erm, kat maahad je, ustaz tak bg form5 keluar sbb da dekat SPM." dia pun terangguk2
"Kat masjid pakcik halim jd imam, 1muka 1rakaat." 2kali aku trkejut,
1st-bapak aku start berborak?
2nd-bile pulak pakcik tu hafal Quran smpai bce 1muka 1rakaat? katang glerr..
patu dia smbung lagi, "Dia baca tengok Quran besar." 
"ouh",  (ptot laa..)
"Awok na jd imam ke mlm ni?"
"Erm, bleh je.." padahal dlm hati cuak gler, aku dah la xngulang lg..
"Malam ni xpayah la lg, tgok dulu camne pakcik tu bawak.."
Ceh, beria tnye, haha.. tp takpela an, slmt aku..
(pastu diam sampai turun dari kete (~_~')

Setibanya aku kat rumah, bapak aku cakap, "tok ada", zasss~ naek bulu roma aku, seram jeh. Time aku masok umah, mak aku tengah nanges, aku pun xtau nape. Then tok aku suruh hntr dia balik umah dia (kat padang jepun) time tu jugak. Bapak aku pun redho je la.. Fuhh~ tenang sikit jiwa raga aku.. :')

Sambil tolong mak aku prepare utk bbuka (maklumlah, aku sorg je yg ada masa tu), mak aku pun cerita la apa yg berlaku. Arghh, aku pun naek tension dgr cite mak aku.. bulan pose pun 'natang' tu wat hal lagi.. S@*#! ;)

Masa tu baru 6.45pm, bapak aku pun lepak jap sambil belekbelek hanfon. Pastu tetiba je bangun masok bilik, xlame kemudian dia keluar bawak sesuatu, letak (separuh campak) atas sofa, lalu berkata,
"adik ambik laptop ni"
what the .......... tanpa sebarang nada, intonasi, mimik muka! Pastu dia pegi ambik broadband, letak atas laptop tu. Giler ah, betol ke x ni? Subhanallah, Allah dgr doa n harapan aku!.. Alhamdulillah.. Baru post yg lepas aku harapkan sebiji... :)
Tengah2 aku 'fly' tu bapak aku ckp lagi, "Laptop tu kosong lagi, abah letak installler je. Install la sendiri.."
bhahahaha, thank you so much my lovely dad! Abah mmg terbaeeeeeek! XD

Hahax, yg aku maksudkan tu laptop ni la.. (selok gler aku..)
ProBook 4420s

Eyt, cite aku xhabis lagi laa, malam tu pulak pegi terawih. Lepas solat tahiyatul masjid, pengerusi msjd dtg duk sblh aku, borak2 sket, then dia ckp, "Imam mlm ni bleh?" tertelan air liur jap aku, tp xcuak mana la sbb time tu org tgah angkat Quran besar letak depan sejadah imam. Tp ttbe pakcik tu cakap separa menjerit, "Simpan Quran tu, al-Hafiz ada mlm ni!" zasss~ dgn pantas aku ckp, "eh, xpe lah, biar je kat situ, mana tau takut tersangkut nnt.." fuhh~ mujur dia setuju, kalo tak, aku blah time tu jugak...

Solat-solat-solat.... sampai habis. Aku tgok jam, 9.45pm.. woi, lamenye, standard mmber2 aku 9.30pm da abes.. tp xpe la.. then, time salam, ada yg senyum je, ada yg tepuk2 bahu aku, (bangga la jugak) tp bapak aku plg bangga sekali aku rase.. haha..
(dah balik bru aku tau yg biasanya habis terawih kul 10.30pm.. hahaha)

p/s: Bnyk kegembiraan yg Tuhan bg kat aku semalam. Harap aku xlupa diri bahkan dapat tingkatkan ibadah. Mohon doa yea! Amiin!

Introduction to a new story !

Assalamualaikum wbt, for all ! ! ! (muslim je la)
Firstly aku nak ucap Selamat Menyambut Ramadan, semoga kita dapat gandakn ibadah lebih dari bulan lain, kalo tak, huhu, sial lah kita !
(tak baikk mencarut tau!) XD

Huarghhhh... (menjerit sepenuh hati) haha. Kali terakhir aku bukak blog nih sebulan yg lepas, tu pun sbb ada kes BERSIH yg amat 'perghhh'.. hehe~
So, kalo ada yg perasan, blog aku dah SETAHUN! happy birthday to my belog.. haha.. (padahal tade org pun yg kesah :'(kan3?)
Tape3, aku tulis ni pun focus utama utk diri sendiri, so bebanyak terimas kepada yang sudi follow, membaca or just sekadar melawat, SYUKRAN JAZILAN!! :D

Sebenarnya aku banyak stories and notes yg nak shaaare ngan korang sume.. tp bnyk aku dah terlupa citenye.. hahax..
(tiap2 hari lepas balik sekolah, aku cakap depan cermin, "kalaulah aku ada sebiji laptop sendiri".. tiap2 hari aku nak update belog mcm Pakcik Hamka n Makcik Intan. huhu~)
Tunggu la lepas aku abes SPM nnt.. grrr~

Lepas ni aku akan letak label pada setiap post aku sbb nak bezakan yg mana aku kene bnyk "haha" "hahax" "huhu" "hoho" "wakaka" n yg mana aku perlu seriuss! :)

This is an introduction to a new story!

Selamat membaca,
Tapi jgn lupe baca Quran jugak!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...