come with me

August 16, 2012

3 Months & 2 Weeks # كيبا # : Ep. 2

Assalamualaikum wbt..
Heyo kullukum!
(Wah! Dah start speaking arab.. hehe..)

* * * * *

Sebelum ending KIBA baru ni, ustaz kitorang mintak kumpul duit untuk dobi sejadah sebanyak 48keping yang dipinjamkan oleh Masjid Kampung Pandan 1. So, kumpul punya kumpul, dapat ah dalam RM200 lebih. Pergh, pemurah betul diorang ni ;). Pastu sejadah tu aku bilang punya bilang, lebih 7keping.. Pheww, ana mutasyaakir awi! ;)

So, ni antara sketsa yang melibatkan duit derma tu.

~Sketsa Duit Derma~

Aku: Abah, ni hah ada sikit derma utk dobi sejadah2 ni.
Abah: Ouh, ok.
Aku: Ada la dalam RM260.75.
Abah: Ouh, ok.
Aku: Budak2 ni kumpul, sekali dengan duit surau.
Abah: Ouh, ok.

Haha, bapak mesra kan aku dengan bapak aku. ^___^

Then tadi bapak aku pergi kedai untuk menghabiskan duit tu. (Beli mic baru)

Abah: Urm, mic mana yang paling terrrbaek?
Tauke: (dia tunjuk la apa yg patut)
Abah: Yang paling mahal?
Tauke: Erkk? (dia tunjuk pulak yg paling mahal)
Abah: Berapa harga?
Tauke: RM250 saja. Boleh kurang lagi. *wink2
Abah: Aaa, yang RM260.75 takde?
Tauke: @_@

Aku rasa tauke tu seronok gler dapat berurusan dengan orang mcm bapak aku. LOL. So, thanx KIBAians, kerana korang, masjid tu dapat beraya dengan mic baru yang mmg power ah.
*aku yg rasmi teraweh tadi.. woha!

K, next aku nak sambung sikit cerita pasal Alex ngan Maria tu...

* * * * *


Saya Jujur... حصة الثاني

[message received, Maria , 4.30am]

Maria: Assalamualaikum. Maaf mengganggu, nama saya Maria. Kawan Leya.
Alex: Waalaikumussalam.. Ouh, ada apa ek? Leya ckp awk ada sstu nak bgtau.
Maria: Hurm, haah. Sblm tu sy nak mintak maaf sebab ambk masa awk. Sbnrnya sy cuma nak bgtau yg sy minat kat awk.
Saat membaca mesej daripada Maria, Alex sangat sangat sangat terkejut. Kenapa? Dia pun ragu-ragu. Dia tidak menyangka Maria seorang yang macam tu. Tapi…
Alex: Haa? Awk serius ke ni? Ke awk main2kn sy?
Maria: Sy tak main2. Tp awk jgn fikir yg bkn2. Sy bukan nak ajak awk couple or bcinta. Sy cuma lbh suka berterus terang.
Alex: Ouh.. Alhmdllh, sbnrnya sy pun ada perasaan mcm tu terhadap awk. ~_____~
Maria: Err, tapi kan. Ada satu perkara yg betul2 buat sy nekad nak msg awk.
Alex: Apakah?
Maria: Kenapa awk jarang sangat turun solat berjemaah??

 Zraap, Zrapp, Zrppp...

Soalan itu bagai anak panah yang menusuk jiwa Alex. Pedihnya adoiyai..

(Sedangkan pd zmn Rasulullah, seorang sahabat drpd golongan Ansar langsung tak rasa sakit tika mana anak2 panah yang dilepaskan seorang musyrik terkena pada tubuhnya ketika beliau sedang solat. Subhanallah)
*sempat lagi tazkirah ;)

Alex: (lepas agak lama terdiam) Erm, knp awk tnye camtu?
Maria: Secara jujurnya sy sgt tertarik dgn peribadi awk. Tp prkr ni buat sy tertanya2, knp awk lepaskan ganjaran yg berganda tu?
Alex: Kalo ada orang tnye sy, nak kawin satu ke lebih, sy akan jawab, "Sy nak satu je." hehe..
Maria: Hah? Awk ni biar btol?
Alex: Betul yg mana? Yg solat tu ke, yg kawin? xD

Tanpa Alex sedari, gurauannya itu telah meremukkan expectation Maria terhadapnya. Selepas itu Maria langsung tidak membalas sebarang mesej dari Alex. (Mujur lah diorang kelas lain2)

* * * * *

Setelah beberapa lama, pihak pentadbiran telah mengadakan satu program yang dinamakan MKYM (bukan mukhayyam tau) untuk menguji sejauh mana pelajar-pelajar kursus itu mengaplikasikan pelajaran yang diajar dalam hidup mereka. Program ini juga mengambil kira markah mereka. Nak dijadikan cerita pulak, Alex dan Maria ditakdirkan berada dalam satu kumpulan yang sama. Bagi memudahkan cerita, Joe dan leya pun satu kumpulan dengan mereka. Mereka diberi seminggu untuk membuat persediaan.
*boleh pulak nak mudahkan cerita.. kui3..

Kumpulan itu terdiri daripada 6orang lelaki dan 9orang perempuan. So, sesi perlantikan ketua.

"Psst, jadilah ketua, tunjuk sikit kat budak tu." bisik Joe kepada Alex.
"Malas ah."

Tetiba Leya bersuara, "Weh, apsal dengan group ni? Masing2 buat hal masing2. Kita nak lantik ketua n penolong kan skrg ni? Apsal semua diam je?"

Tetibe pulak Zerol panas, "Saudari yg berkata2 sebentar tadi tu ada idea tak? Gaya bercakap mcm bnyk sangat ideanya." agak sinis nada suara Zerol.

"Ada, sy cadangkan Alex jadi ketua. Penolong pulak Maria. Ada bantahan?" sambil menjeling pada Zerol.

"Setuju!" Joe mnjerit mubasyaratan. hehe..

Jadi secara rasminya Alex menjadi ketua kumpulan itu. Namun masih tiada sebarang reaksi drpd Maria. Dia hanya tunduk menyetujui segala yang dibincangkan.

Dapatkah Alex memimpin kumpulan itu?
Agak2 apa nama kumpulan tu?
Adakah Maria akan kekal berkelakuan seperti itu?


Gambar Hiasan! Sumpah, sekadar hiasan je. ^__^
TO BE CONTINUED ?

Bagi yang baru mengikuti blog ini, kisah 'Saya Jujur' ni adalah sebuah epik yang aku reka sekadar untuk mengingati zikrayat aku dan member2 kiba sepanjang 3bulan 2minggu kami bersama. Sebarang persamaan characteristic dan event adalah disengajakan. Oleh itu mohon maaf atas segala kesulitan.
Selamat Hari Raya. Woha!!!

August 14, 2012

3 Months & 2 Weeks # كيبا # : Ep. 1

Assalamualaikum wbt...

Heyo everybody! Selamat Berpuasa. (^^,)

* * * * *
~Sketsa Sahur Pagi Tadi~

Mak: Abang, bila kita nak beli barang raya?
Ayah: Urmm, ahad ni lah.
Mak: Ahha, nice. Kita pergi lepas Solat Sunat Aidilfitri ye.
Ayah:>__<

* * * * *

Cerita ni cerita betul yang berlaku pagi tadi tapi aku saje edit kasi phewww sikit.. hehe..

So, masih belum terlewat kan nak ucap Ramadan Kareem!! Dan dengar jawapan Allahu Akram!! Aku mmg respect giler kat bapak aku sebab tak selok langsung walau raya tinggal 5hari lagi. So tahun ni spesel sangat, persiapan utk raya adalah sekadar sahaja kerana pemergian Ramadan amat kami tangisi... Sobssobss... (dengan pemergian aku sekali)...

So, rasa mcm nak pegi muhasabah diri tak? Belum? Urm, disebabkan tajuk kat atas tu KIBA, aku nak selit ah sikit kisah rekaan aku yg ada kaitan sikit2 dengan KIBA tuh.. Check it out~~~

* * * * *


Saya Jujur… حصة الؤلى

“Bro, awek tu tengok kau lah!” bisik Joe pada Alex.
“Yang mana?!”
“Alaa, yang tudung biru laut tu.. Yang rendah-rendah, kiut kiut tu.. hehe..”

Alex dan Joe (bukan nama sebenar) adalah antara pelajar yang terpilih bagi mengikuti satu kursus persediaan selama 3bulan 2minggu untuk ke luar negara. Alex merupakan pelajar tajaan sebuah institusi, bekas pelajar sekolah agama. Perlakuannya sedikit sebanyak mengambarkan latar belakang dirinya. (Alim boh) Oleh itu dia sering menjadi perhatian gadis-gadis walaupun rupanya tidak seberapa. Joe pula pelajar tajaan sebuah yayasan negeri. Sifat dan sikapnya agak berlainan daripada Alex. Namun entah persamaan apa yang membuatkan mereka cocok apabila lepak bersama.

“Bala, dah sebulan kita kat sini, takkan kau tak kenal lagi nama budak tu?” kutuk Alex.
“Aku mana usha perempuan doe, jaga mata.” jawab Joe dengan nada bergurau.
“Dah tu macam mana kau tahu budak perempuan tu tengok aku? Hah, kantoi sudaaa!”

Hal ini seperti perumpamaan Melayu, ‘umpama berenang dengan pirana’. ;) 
Bila kat Tanah melayu ada pirana pun aku tak tahu. Haha… Ktaklawak..

* * * * *

Sementara itu…

"Weh Maria, dari hari tu aku tengok kau asyik pandang Alex tu. Berkenan ke?" soal Leya yang kehairanan melihat telatah kawan baiknya itu.
"Haah" jawapan ringkas yang sungguh teramat sekali padat dan juga mengejutkan!
"Uish, kau biar betul? Mengigau ke ni? Hello? Hal enti majnun?"

Namun soalan bertubi-tubi daripada Leya itu hanya dijawab dengan sekuntum senyuman dari bibirnya yang comel itu. ^_^

* * * * *

Nak dipendekkan cerita, (aku memang tak boleh jadi penulis la, pemalas parak!) =,='

Alex dan Leya dulu merupakan classmate atau dalam Bahasa Melayu rakan sekelas. (LOL) Jadi Leya sangat teruja dengan jawapan pendek dari pada Maria. Jadi secara automatiknya Leya telah menjadi orang tengah antara Alex dan Maria. Weee~~~

[message received, Leya , 3.20am]

Leya: Wei, aq ada sstu nak gtau nih.
Alex: Tak reti bagi salam ke makcik oii.. :3
Leya: Erkhh, Assalamualaikum!!!
Alex: Waalaikumussalam. Kan comel camtu. Hah, ada ape?
Leya: Jangan lah mengayat aq! Grr.. Ni nak bgtau yg member aku ada sstu nak cakap kat ko.
Alex: Haha, bnyk betol sstu korang ni.. Siapa? Apa?
Leya: Jap lagi dy msg, dy tengah tahajjud.
Alex: Wah!! Okokok.

* * * * *

[message received, Maria , 4.30am]

Maria: Assalamualaikum. Maaf mengganggu, nama saya Maria. Kawan Leya.
Alex: Waalaikumussalam.. Ouh, ada apa ek? Leya ckp awk ada sstu nak bgtau.
Maria: Hurm, haah. Sblm tu sy nak mintak maaf sebab ambk masa awk. Sbnrnya sy cuma nak bgtau yg sy minat kat awk.
Saat membaca mesej daripada Maria, Alex sangat sangat sangat terkejut. Kenapa? Dia pun ragu-ragu. Dia tidak menyangka Maria seorang yang macam tu. Tapi…
Alex: Haa? Awk serius ke ni? Ke awk main2kn sy?
Maria: Sy tak main2. Tp awk jgn fikir yg bkn2. Sy bukan nak ajak awk couple or bcinta. Sy cuma lbh suka berterus terang.
Alex: Ouh.. Alhmdllh, sbnrnya sy pun ada perasaan mcm tu terhadap awk. ~_____~
Maria: Err, tapi kan. Ada satu perkara yg betul2 buat sy nekad nak msg awk.
Alex: Apakah?
Maria: Kenapa awk jarang sangat turun solat berjemaah??

TO BE CONTINUED ?

gambar hiasan

* * * * *
Persoalan 1 - Adakah tindkan Maria dikira dakwah jika dia niat utk brdakwah?
Persoalan 2 - Adakah sesuai tindakan Maria?
Persoalan 3 - Apakah jawapan yg Alex akan berikan?
Persoalan 4 - ...
(arghh, bnyknya persoalan!!! ptotla ada rancangan tnyelah ustad skrg ni) LOL


August 13, 2012

3 Months & 2 Weeks # كيبا # : Prolog

السلام عليكم

Heyo everybody!!

*krik krik krik (bunyi jari sbb dah lama tak sentuh keyboard) haha, ktipu. xD

Secara jujurnya sungguh lama yang teramat sangat sekali aku tak sign in blog ni. Tapi bukan ada orang kisah pun aku update ke tak.. Hewwheww, perasan hot.

K, taknak merapu.

Selamat 2bulan 3minggu ni aku berada dalam 1 program persediaan utk ke timur tengah. Tak lama lagi korang kena pakai Google Translate lah kalo nak baca blog ni.. Wakaka.. :)

Yang aku peliknya kan, program ni OSEM giler sebab minggu suai kenal dyorg panggil Orientasi SEmarak Pelajar. Jyeah! *gempak kot bunyi

Then kalau hari2 biasa, pagi gerak pukul 7.45 dari hotel (pergh, kitorg stay kat hotel!!)
Then lepas solat Dhuha, ada thabur (perhimpunan) mcm kat sekolah dulu. Tapi tiap2 pagi ada orang akan buat drama.. Contohnya camni:


Then pukul 9 masuk kelas, belajar, 10.30 rehat, belajar, 12.30 rehat, pukul 2 belajar lagi, pukul 5 solat, siap solat ada kawat! *sayasukakawat (ayat majaz nau)

Pastu malam, standard budak surau akan stay kat surau sampai pukul 10, then aktiviti bebas.

*****

Itulah serba sedikit hidup aku dalam 3bulan 2minggu kebelakangan ni.
(Lagi 1, kitorg ada tulis jurnal tau, dalam bahasa arab.
Nnt ada kesempatan aku snap k)


Hah, ni lah salah satu kenangan paling manis aku kat sana sebab ni lah first time aku lead 1team yang dalam team tu ada orang yang lagi tua dan matang dari aku, yang lagi hyper dari aku, dan yang lagi cool dari aku.
(aku cool ke? haha, biarkan persoalan tu)

Aku langsung tak sangka boleh dapat nombor 2! Pergh, mmg masyuk ah team ni.. Tabik spring utk korang!

 Akhir kata: Selamat berjuang di bumi Anbiya!

~end of prolog~

June 17, 2012

The 4th Density [Israk&Mikraj]

Ruang--->dimensi--->cahaya--->mata--->minda


Assalamualaikum wbt!
Hoye peeps!


Semalam baru 1st Density, kenapa hari ni dah 4? Huh? >_<


Hal ini demikian adalah kerana today is the day that ...err... tak reti dah nak speaking.. hurhur..

Telah tercatat dalam Al-Quran satu peristiwa yakni mujizat besar yg diberikan kpd Baginda Nabi Muhammad SAW iaitu

ISRAK & MIKRAJ

Subhanallah - Alhamdulillah - Allahuakhbar



What've you got from this event? Notning? A thing? Something? But still not everything rite? Itu lah kita, aku, korang, mereka. Rasanya dah tiap2 tahun dah dengar ceramah Israk Mikraj. Pernah setahun tu, sampai 3hari discuss peristiwa ni. Tapi bila tahun ni datang, perkara yang sama perlu diulang sbb manusia mudah lupa...

p/s: Pernah sorang student tanya ustaz, "Kenapa saya hafal Quran, dan kerap mengulang, tapi masih lupa?".. Ustaz jwb mudah je, "Kalau ngulang sekali terus ingat baik takyah ngapal. Syurga mahal kot.."

So, apa kaitan dengan 4th density? Check it out~

Macam mana Rasulullah travel dalam satu malam ke tempat yg boleh kita katakan dalam satu dimensi lain? Kalo umur dah 20tahun tapi tak pernah pikir, susah lah gini. Sedangkan musuh Islam cuba sedaya upaya nak bongkar rahsia dan misteri mukjizat ni, tapi kita just, "IsrakMikraj? Ouh okay, its osem!"..



Apa yang dimaksudkan dengan 4th density adalah pembongkaran satu dimensi lain yang bakal mendekatkan para pengkaji dengan peristiwa ni. Nampak? Betapa barat berusaha nak bongkar peristiwa ni. Nampak sangat mereka percaya bahawa seorang insan yg bernama Muhammad bin Abdullah yg lahir di tanah arab dan mengaku sebagai utusan Tuhan pernah melangkaui seluruh dimensi dan densiti.

Kita bila lagi nak kaji? Tak daya gini tiap-tiap tahun. Bila tiba 27rejab, ceramah israkmikraj, semua jadi kagum dan takjub dengan kehebatan Tuhan. Pastu 2 3 hari (yg hebat dalam 2 3 minggu) lupa dah. Hadoiyai..

So? Dah tahu apa nak buat?

Jangan biarkan mereka yg membuka hijab itu dengan bantuan para laknatullah.



Jangan tanya aku bersumberkan apa. TQ.

June 16, 2012

The 1st Density [KeyboardWarrior]

Assalamualaikum wbt..
Hoye everybody!

Subhanallah - Alhamdulillah - Allahuakhbar

Woha! Dah lama tak sign in. Just utk information, aku masuk salah sebuah kolej kat kuantan (program persediaan). ~peace~

Okay, tajuk hari ni, KEYBOARD WARRIOR!



Hah? Wutta fish? Nate gapo tuh? Apakah? Bnde gop? Ha? Ha? Ha?

p/s: Sekarang ni dah bnyk loghat menusuk otak aku. Maklumlah, roomate budak Pahang (Temerloh), KL, Johor,. Sebelum tu, sebilik ngan budak Kedah, Kelantan. Woha!

Back to the topic, based on UrbanDictionary, Keyboard Warrior (KW) is :

1. A Person who, being unable to express his anger through physical violence
(owning to their physical weakness, lack of bravery and/or conviction in real life),
instead manifests said emotions through the text-based medium of the internet,
usually in the form of aggressive writing that the Keyboard Warrior would not
(for reasons previously mentioned) be able to give form to in real life.
2. The term is a combination of the word 'keyboard'
(the main tool by which the person expresses his/her latent rage)
and 'warrior'
(due to the warrior-like aggression, tendency towards violence, headstrong nature and propensity towards
brute force as a means of resolving conflict rather than more subtle means dependant on finesse).
3. The Keyboard Warrior seeks to use the power imbued in his 'weapon' to effect death and destruction
(in a strictly-metaphorical sense) upon his foes
(other virtual identities he has encountered on the internet).
In essence, the keyboard (ie. text input ability)
allows the keyboard warrior to manifest his true warrior nature in a safe and removed environment,
from which no real-life repercussions .
4. Keyboard Warriors are generally identified by unneccessary rage in their written communications,
and are regarded as 'losers' by other virtual identities on the internet.

Huarghh, panjang siot definition benda ni.. hehe, jgn jadi pemalas macam aku okay! So conclusion nya, KW adalah term yg digunakan utk menunjukkan seseorang yang ada masalah dengan komunikasi secara 'live' atau 'face-to-face'..

Dan aku 'pernah' jadi salah seorang daripada mereka... hurhur...

Tapi sejak bergelar mahasiswa, sifat tu terhakis sedikit demi sedikit. Alhamdulillah!!!

Sifat tu terus memudar bila lecturer2 ni cerita yg ramai mmber2 diorang jadi sewel kot sebab tak bergaul dengan orang masa kat universiti sebab takde communication skill. (eh? knp ada kot kat situ? ^_^)

 akhir kata
Jangan Jadi Keyboard Warrior

~the end~


....1 Message received....

....Loading Message....

....Opening....

....From: Lily.... (bukan nama sebenar)

~~~ dlo sy ad msaalah awk ad utk mmbntu , dlo sy nanges awk ad utk kesat air mte sy , dlo sy sdey awk ada utk ktwekn sy , dlo sy buntu awk ad utk mnylesaikn.. tpi skunk sy ad msaalah awk diam bub awk lahh msaalah sy , skunk sy nanges awk diam bub awk lahh pnce air mte sy , skunk sy sdey awk diam bub awk lahh kesdeyhan sy , skunk sy buntu awk diam bub awk kebntuan sy~~~

Tak daya boh baca msg gini.. Astaghfirullah.. Macam2 perangai perempuan zaman skrg... :3
(bukan tak daya apa, ayat bajet unik je.. ptuii..)

Haha, pastu perempuan mesti pangkah aku balik dangan hujah dan bukti yg mmbuatkan keluar ayat macam ni, "Teruk betul lelaki zaman sekarang!"

So, siapa yang teruk? Lelaki ke perempuan?

Yg kat atas ni sebenarnya analogi je. Apa yang aku nak focus cuma, perlu ke kita cakap,

"Ganasnya orang Arab ni!"
"Teruknya orang Somalia ni!"
"Lembabnya orang Melayu ni!"
"Teruknya budak sekolah agama!"

Perlu ke ?

May 23, 2012

According To You [REMIX] L.O.L.

Assalamualaikum wbt!
Heyo everybody!

Esok dah start belajar, so sebelum aku bajet busy terimalah post 'terakhir' ikhlas dariku.. Woha!

Sebelum tu aku perkenalkan watak2 dalam lagu  ni.

Terdiri daripada 3watak utama:
1. You
2. I
3. Him




This is YOU (masa kecik) ^_^
According to you I'm stupid, I'm useless
I can't do anything right
According to you I'm difficult, hard to please
Forever changing my mind

I'm a mess in a dress, can't show up on time
Even if it would save my life
According to you, according to you



This is I
But according to him I'm beautiful, incredible
He can't get me out of his head
According to him I'm funny, irresistible
Everything he ever wanted

Everything is opposite, I don't feel like stopping it
So baby tell me what I got to lose
He's into me for everything I'm not
According to you

This is HIM
I'm the girl with the worst attention span
You're the boy who puts up with that
According to you, according to you

I need to feel appreciated
Like I'm not hated, oh no
Why can't you see me through his eyes?
It's too bad, you're making me dizzy


bla bla bla... panjang ngat ah lagu ni.. xD





Monolog: Sampai bila awk nak dengar cakap dia? Saya tahu saya salah sebab terlalu merendahkan awk. Tapi takkan awk sanggup merendahkan diri sendiri? Bukan saya yg buang awk dari hidup saya, tapi awk! Terimalah hakikat yg awk dah jauh tersasar. Tolonglah kembali. Sebagai seorang insan, saya masih syg pada awk.

p/s: Korang paham dok cite ape kat atas ni? Haha, punye panjang cite (panjang ke?) tapi ada 1point je iaitu pesanan untuk awek2 sekalian, tolonglah jaga aurat. Orang kat luar sana siap kena saman sebab nak pertahankan aurat diorg. Tapi korang? Aigoo.. Astaghfirullah...

p/s2: Lagu, gambar dan monolog hanya sekadar hiasan.. Eh, bukan, err... Sekadar gambaran.. :) hehe


Akhir kata, doakan aku berjaya dalam perjalanan menuntut ilmu.
Akan ku abadikan ilmu2 itu untuk kebaikan ummah. Peace no war!

Jumpa lagi~ Sayonara~ Assalamualaikum~

May 13, 2012

Tulisan Merah Buat Guru

Assalamualaikum wbt..

Di sini saya memaklumkan bahawa dua post saya yg sebelum ini telah di edit kerana telah melukai hati para guru bekas tempat saya menuntut ilmu. Segala yg ditulis adalah reflex atas apa yg kalian lakukan dan ucapkan. Setiap yg buruk, itulah keburukan saya.

When I see, then I write ; It's just an experiment, not an expression.

Setelah adakan debat ringkas dengan Bro Wan Mohd Azmir, aku dah nampak kat mana silap aku. See? Bila orang lakukan kesalahan, tunjukkan dengan jelas apa yang dia lakukan, bukan memperbesarkan. Thumbs up utk bro!

~Selamat Hari Guru~

(harap hari guru pun tak jatuh haram la kan.. hurhur)

Aku ada beberapa situasi untuk direnungkan dan dikomenkan. Check it out:

1.
Pernah dalam sebuah exam, seorang guru datang kat aku. Then ayat dia masih terpahat kukuh dalam hati, "Halusnya tulisan! Dahlah buruk! Macam ni ke nak berjaya? Jiwa kecik!"

Haruslah aku kecik hati kan? Ke tak patut langsung? Huh?

Tapi aku tak mencarut mcm orang lain. Mmg hati aku sakit. Tapi biarlah kan, dengan iman senipis epidermis, aku try pujuk yg tu kata2 yg aku kena guna utk jadikan motivasi.

p/s: Bagus kan aku? (oke, sape nak muntah, pegilah.. hehe) Tapi ada 1 peristiwa lepas dapat result yg buat aku ...

2.
60 hari sebelum final exam, ada sorang guru kecik hati dengan aku sbb aku tulis kat blog yg aku tak berapa paham apa yg dia ajar. Yepp, salah aku.

Hampir give up sbb aku rasa kata2 guru adalah gambaran awal (terutama bila guru tu terlalu ikhlas). Jadi aku rasa aku dah 'game over'..

Tapi mujurlah ada pihak yg mmbntu aku cari kemaafan dari guru tu.

3.
Ada sorang cikgu ni, melalui survey aku, terlalu ramai yg tak minat atas sbb2 tertentu.

Jadi kami cuba mencari kemaafan dari dia. Dan dia berikan satu kata2 yg buat semua terkedu, "Maaf boleh mintak, tapi hati..?"

Mujurlah dia ada falsafah hidup yg istimewa.

4.
Beberapa jam lepas aku publish satu post, seorang guru post kat wall dia menyatakan betapa kecewanya dia dengan apa yg aku tulis.

Siapa sangka apa yg aku sangka diluar jangkaan sebab kita hanya boleh menyangka. Huhu.. This is my 1st experience dikecam hebat kerana ketidakmatangan dalam apa yg aku tulis.

Harap dapat aku ubah.

~Tamat~

 
Bila aku tulis kat blog, apa yg aku expect adalah org nmpk sesuatu utk dia ubah kpd lebih baik bila dia baca blog ni.

Sebab dari kecik aku pegang bnde ni,

Orang Bodoh - Sudah terhantuk, tidak mengadah
Orang Biasa - Sudah terhantu, baru mengadah
Orang Hebat - Orang terhantuk, dia yang mengadah

Thats all. Tapi skrg sebaliknya yang berlaku. Tapi ia lebih mematangkan aku.. :) TQ

DO NOT SET THE FIRE IN THE HEARTs

May 12, 2012

Thanks to all readers!

Assalamualaikum wbt..
Heyo buddies..

Dah lama tak update bnde ni. (ceh, lama lah sgt kan)..
Tapi mmg aku excited gak ah tengok bnde kat bawah ni.. (^^,)


Paling tinggi tuuu!
Almost 170 pageviews utk post aku yg lepas..!
Pheww, bagi blogger ngokngek mcm aku nih, mana tak excited kan3? ;D

Credit to semua pembaca blog ni dan jugak korang yang tak sengaja tertekan. Woha!
peace no war!

Jadi yg bertaqwa, selamatkan agama! ;D

May 1, 2012

Kau ni bodoh ke?

Assalamualaikum wbt..
Heyoo!

Hari ni hari ahad, semalam sabtu.
Tahu? Good! ^_^

Lepas aku publish Woha! bersama Bersih 3.0 , terus dpt private msg yg berbunyi, "Kau ni bodoh ke?" Wakaka.. Sebab soalan tu diajukan adalah kerana aku ni amatlah bodoh kerana masih tak dapat lagi membezakan antara pemimpin yg benar dan salah... kui3..

Dear pengirim,
Yupp, aku agak bodoh. SPM baru ni, BM aku dapat B+. Woha!

Then aku renung balik ayat tu, then aku teringat kat seseorang, then sudi tak korang bace kisah ni? Hehe..
Check it out~~~

2tahun lepas (2010) aku masuk sebuah sekolah agama, ambik aliran akaun. Dalam kelas tu budak laki mmg sikit gler ah, kalo kami sekelas dijodohkan sesama kami, sorang lelaki paling kurang dapat 3bini! Woha!

Nak dijadikan cerita, ada seorang budak lelaki ni, muka mcm cina, dia pendek je, blaja pun nampak noob jeh. Aku ajar addmath tak penah nak paham. Harhar.. Aku panggil dia Shuk.
So nak dijadikan cerita lagi, ada sorang budak perempuan ala ala princess gitu jadi classmate kitorg. Rupa-rupanya dia budak maahad tahfiz, patot sejuk je mata memandang.. (alamak!.. kantoi usha! kih3) Aku gelar dia Xera.

So, sebab dah bnyk sgt nak dijadikan cerita, aku pendekkan cerita. Hehe..

Hari ambik result Spm, satu sekolah terkejut!
Shuk dapat 8A?
Xera pulak tak dapat straight A?

Aku tahu ni semua kuasa Tuhan. Tapi nak jugak tahu kan, apa yg Shuk buat?

Al-kisah bermula.....

Shuk tahu dia tak sehebat Xera. So dia jadikan Xera check point! Wah, gempak je bunyik. Then dia bakar lagi cinta yang tengah hangat membara tu. Lalu terjadilah Shuk yg hebat! Pheww... XD

Haha, sebab tu aku tak penah halang orang jatuh cinta. Sebab cinta ada inner-power yg tersendiri.. Heeheehee.. (tp..couple tetap haram)

p/s: Shuk tak melakukan perkara2 seperti berikut:
1. Melafazkan cinta pada Xera
2. Text/call Xera
3. Rapat dengan Xera
4. Hisap rokok <-- sabit tak? tak? ok abaikan.

p/s: Dear Xera dan Shuk, aku harap korang tak tensen dgn post aku ni. Org ckp experience is the best teacher. So, harap orang dapat belajar dari pengalaman korang.. Peace no war!

~TAMAT~

Shuk bersama faveret tcer.. ^_^

April 21, 2012

This Is .. Phenomena .. [via UAI]

Assalamualaikum wbt..
Heyo semua!!!
 
Hari ni takde ape nak tulis.. so aku share pandangan orang je lah ek.. ^_^ 

Korang semua minat UAI tak? Aku rasa org kuat umno pun minat kot.. Hehe. Aku dari dulu lagi pikir, korang2 ni minat ustaz ke, minat ceramah ke, minat lawak ke? LOL 
Dan tetiba sorang junior aku yang sengal bagi satu idea yg bernas! Mabrukk!! 
Credit to : him
Rilex luu, dia bukan keluar teros.. Hahax.. Kat bawah ni Full Version.. Check it out~~~
Baru2 ni ana g cramah Ustaz Azhar Idrus di Msjid Bukit Sekilau. Mnusia cukup ramai. Mmg hebat penangan ustaz.

Bila da smpai, ana masuk ke ruang utama saf. Mnusia berhimpit2 nak dapat saf kat dalam. Ana tak tahu khusyuk manusia ke mana bila dah himpit sampai macam tu sekali.

Lepas tu ana fikir,
"Mungkin ni ujian. Antara ceramah ustaz dan solat yang khusyuk, mana lebih utama?"

Ana memilih untuk keluar.

Ana lihat ramai orang. Mungkin terlalu ramai. Sembahyang jumaat pun orang tak berebut-rebut mendengar khutbah yang FARDHU. Orang tak suka khutbah sebab kena diam. Tok imam boring baca khutbah. So kita tidur. Sedangkan kuliah yang sunat ni, kita buka mata, mungkin sekali hanya kerana ingin mendengar jenaka.

Antara khutbah dan kuliah.

Manusia yang ramai. Sehingga aNA fikir, "Kalau ustaz azhar meninggal satu hari nanti, kalian akan terus dengar kuliah2 di masjid atau tak? Ke datang memang sebab ustaz semata-mata? Sebab nak dengar kelakar? Bila ustaz dah takde?"

Ana teringat tok imam kampung ana. Tok bilal. Semua dah tua kat kampung. Ada ustaz muda bagi tazkirah, tapi tak ramai juga orang muda yang pergi. Tapi ustaz2 kampung still berada di kampung yang sama, memberi peringatan berulang-ulang kali tanpa rasa jemu.

Orang muda, pergi dengar Ustaz Azhar jer. Berebut2.

Kita selalu nak bagi tazkirah bila kita dah ramai peminat. Tapi ustaz yang ikhlas, masih akan bagi tazkirah walau 2 3 org jer dengar.

Pesan ana, jangan pergi ceramah Ustaz Azhar kerana lawak jenaka atau popularitinya. Pergilah kerana ilmunya. Kerana jikalau UAI sudah tidak berjenaka, kita masih akan ke majlis ilmunya.

Cinta ulama, kerana ilmunya.

Jangan taksub. Ustaz Azhar juga mungkin tersilap dalam memberi hukum hakam. Mustahil untuk dia faqih dalam semua bidang. Sebab jikalau kita taksub, kita menjadi buta.

Mana yang benar kita ambil.

Mana yang tidak sama dengan UAI, kita ambil yang rajih...wallahu ta'ala a'lam :-)
p/s : Entry ini sekadar mengajak kita renungi bersama kebodohan kita.. Haha, jgn jadi bodo.. ;)

April 14, 2012

KOngsI-KoNGsi !!!! [18PG]

Assalamualaikum wbt!!
Heyo!!

Hah, nak nyanyi tak?
Tak nak?
Ok, biar dia nyanyi sorang. ;)


Haha, aku tau ramai tak suka lagu ni, tak sedap lah, ngarot lah, ape lah..
Lantak korang lah, aku petik lirik dia je.
So, jom kita kongsi dan berbicara!!

Hari ni kita cakap pasal bisnes boleh?
So, scroll down please...

This is a story about Multi-Level Marketing (MLM).
Aku ada dengar yg bnde ni haram. 
Betul ke? Entoh laa.

But, bukan tu yg aku nak carutkan kat belog ni.
Haha.. Camni cite dia.

Sebenarnya aku taknak komen pun sal MLM ni, tapi aku fed up gler ngan mmber aku yg sorang ni. Dah kau masok bnde ni, kata prospek beribu, apsal nak paksa aku masuk? Aku tahu lah aku hebat. Tension ah gini. Pastu kau terang kat aku macam aku bodoh je.

Ni nak bagitau sikit, aku first time join bnde mcm ni lepas pmr tau. (nada bangga)
Kau hado? Muahahaha.. *gurau2 =3
Aku dah telan garam dulu dari kau. (lagi bangga dari tadi)
So jgn nak layan aku macam kiddo sgt laa. Haha..

Tapi kan, aku tak larang pun orang masuk bnde ni. Ok pe bnde ni. Boleh la jana pendapatan sementara tggu twrn Uni or wuteva.
Yang jadi sial nye bila upline korang seorang yg sial!
HAHA..
Lagi satu, bila korang adalah seorang pemalas.. Yg tu mmg aku nasihat tak payah la susah2 nak masuk. Menyusahkan lagi ada.





Lagi satu toksah ah pijak kepala org, yg atas tolong la yg bawah. Yang tu ah sebenarnya sistem ni.
Yang jadi haram sbb korang pijak orang bawah tu kot.

So, sama-sama lah kita cari duit okay. Boleh kawen cepat sikit. Woha!!!

P/S: Kalau korang ada kawan yang muka mcm najwa latip, tapi gigi dia kecik sikit, kenalkan lah kat aku.. Woha lagi sekali!

April 13, 2012

Going Abroad? [Ver. Afterschool]

Assalamualaikum wbt..
Heyo everybody!

Haaa, jom nyanyi jap.. Jum lah, jum lah.. Okay?
1 2 3 go!!! Dugaannya..

Bapaku mahukanku jadi seorang ustad,
Bukan cita-citaku,
Bukan impianku.

Aku terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masaku,
Pilu mula terasa.

Berkecamuk hati, hatiku sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Cuba ku dalami,
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,
Semuanya sama.

Ouyeah! Sporting lah korang.. Haha..

Menyesal pulak aku tak tahu apa yang aku minat, tak tahu apa yang aku nak belajar.

So, adik2... Nanti jangan pandai belajar je okay. Result cemerlang gler vavi pun sangkut jugak bila hilang punca..

Tu je nak pesan.. 

Tapi, not bad la jadi ustaz, bnyk sikit saham akhirat. Tapi dakwah tu bukan kerjaya, tapi tggungjawab setiap muslim. Tak gitu?

Kbai. <-- uit, mana ada ustaz ckp gini!!

See? Aku rasa aku tak boleh jadi pendidik laa, hancus masa depan negara.. Harhar..

Tapi kalo lepak Madinah 5tahun, ada chance nak nikah kat Masjid Nabawi.. Hehe..

Then, bukannya belajar 24/7 kan? Boleh jugak jalan2 kan Korea ke, Rusia ke... Hah... Aku dah nmpak aku yg aku nak.. *winkwink

DEAR FRIENDS, SEE YOU THERE!

p/s: sape2 nak race, tggu aku kat lebuh raya kuantan-pekan 8.01am tiap2 pagi.. see ya!!

Btw, aku ada buat acc tweet tweet, tapi tak reti nak guna, so sape2 yg pro tu, tlg la ajar.. hehe
Check this out https://twitter.com/#!/firdauskama

April 3, 2012

DugaanNya.. [Ver. Afterschool]

Assalamualaikum wbt..
*5minit lepas aku baru buat satu entry.. (saje bagitau.. harhar)..

Oke, semua tahu kan 21 Mac lepas result SPM diumumkan? haha.. 
Baca tak paper? Tengok tak tv? Dengar tak radio?
Mesti ada interview budak2 cemerlang kan?
Salah satu soalan wajib yg orang akan tanya kat budak2 tu, 

"Boleh tak ceritakan/kongsikan rahsia kejayaan anda?"

Bhahaha, nonsense! Life is an open secret. <-- tajuk blog ni kud.. hehe..
credit to: Kak Zabrina A.Bakar

Okay, lupakan pasal debaran ambik result, lupakan segala rahsia yang telah terbongkar tu. Sekarang ni pikir pasal our next step! Nak pikir pasal ni lagi susah dari addmath tau. Ni buktinya...

Gambar Hiasan (Hiasan lah sangat) Woha!


Woowoo, ini semua dugaanNya... T_T

Bapak korang nak korang jadi apa? Mesti ada kan mak bapak yang memang dah plan hidup korang. Tapi mak bapak aku lain pulak gayanya. Semua serah kat aku nak jadi apa, nak masuk mana, bla bla bla...

Haha, korang nak mak bapak aku jadi mak bapak korang? Kui3..
Ni lah namanya DUGAAN. Sebab aku ni dah lah tak tahu minat apa, tak tahu nak jadi apa, tapi mak bapak aku serahkan keputusan kat tgn aku. Meanwhile, korang yang ada matlamat hidup (kunun), tahu nak jadi apa, tahu nak mohon mana, tahu nak pilih course apa, tapi mak bapak korang pulak dah ada plan utk korang. See?

Macam main game kan?
So sesape yg terlintas, "Arghh, kenapa Tuhan tak adil?"..
Pfftt, GAME OVER!


p/s: doakan aku supaya jumpa jalan hidup ;) peace!

[April Fool's Special] Database Out Of Date

Assalamualaikum wbt...
Heyo everybody! Have a nice wednesday!

Liplap liplap ... What? Dah 4April? OMG.. Aku dah terlepas April Fool!!!

Maksudnya entry ni dah lapuk lah kiranya. =,='

Haha, pening aku tengok kalendar, penuh dengan tulisan. Macam-macam hari ada. Jumaat ni GoodFriday pulak. (tapi most of them sambutan bagi non-muslim yg muslim tak sepatutnya sambut) So, aku bukannya nak komen pasal APRIL FOOL sebab bagi sesape yg tak tahu tu, boleh la rujuk pakcik Google kalau malu nak rujuk ulama. Woha!

31 haribulan hari tu aku dah set dalam otak, "Esok 1 April!". Tapi Tuhan nak buktikan yg manusia mmg ngokngek, aku pun terlupa. Apa yang penting sangat tarikh tu?

Sebenarnya..sebenarnya..sebenarnya.. Hari tu birthday bapak aku.. ~_~'

*Bapak! Happy Birthday yaw!!!


p/s: Entry pendek ni aku tujukan khas kat bapak aku even aku tahu dia takde masa nak usha blog ni (padahal tak pernah tahu pun) kuang3..

Tu je lah, Kbai
Lawatlah entry aku yang seterusnya : DugaanNya!

March 19, 2012

[SPM special] Hidup kene ada plan bro!

Assalamualaikum wbt..
Heyo everybody!

Esok selasa. Aku dengar rabu tade.. Harharhar..
(Mcm-mcm songeh budak spm ni)



So, apa plan pas dapat result? Ada plan ke?
Haruslah ada!!


Bhahaha.. Actually ni plan F dah.
Ada la lagi plan A, B, C, D, E..
Bnde yang aku nak tekan kat sini bukan lah pentingnya ada plan.
Sebab ramai penah dgr,
"If you fail to plan, you plan to fail!"

Alkisah:
Aku penah lah dengar satu ceramah motivasi (free) sbb sekolah byrkan.. :D
Pakcik yg bejet tu cakap,
"Kita perlu mmbuat perangcangan, tapi tak perlu ada planA, planB.
Sebab kita akan hilang fokus terhadap tujuan kita yg sebenar."

HAHA, bongek punye pakcik. Bapak yakinnya cakap.
Fyii.. Tapi tu pendapat dia kan. Siapalah aku utk menidakkannya.
Tapi aku tak boleh betol kalau org nak pengaruh kita dgn sstu seremeh tu!

Kita tahu kan yg plan Allah lagi cool dari plan kita.
So, dengan satu2nya plan kita buat, aku risau kita akan fikir,
"I know who am I, and I know this is the best for me!"
Susahlah kalo kita dah terfikir camni.

Akhir kata, pintu syurga bukan ada satu.
Pfft,, pintu neraka pun.. :'(

p/s: Huh, boleh pulak aku buat siri [SPM special] kan. Haha, punye la lama rasa tggu hari rabu.. ~_~'

March 17, 2012

[SPM special] Aku tak baligh lagi!

Assalamualaikum wbt..
Hoye everybody! A nice saturday huh?

HAHA, first time aku buat title mcm 'tettt' jeh.
Disebabkan hari ni hari sabtu, aku malas nak type pnjang2.

Alkisah bermula. Sejak aku tak sekolah ni, mak aku suruh lah aku join kursus haji sekali ngan dia. Btw, aku dengar program dia bnyk hujung bulan ni, nak pegi sana lah, nak pegi sini lah. Sebagai anak soleh, terdetik di hati untuk membelinya sebuah travel bag yg baru! Woha!
(baik la sgt, padahal dah berzaman mak aku ckp nak beli, kih3)

Derr, susah jugak nak cari barang cool dengan harga murah =_=. Puas aku merayau. Nak dijadikan cerita,, terserempak lah ngan sepasang couple. Awek dia comei woh! Time turun eskalator, aku bunyik ah sorang. "Pergh, kecik2 dah pandai budak sekaranggg. Boleh pulak main pegang-pegang!"

Hahax, suka je kan sound orang. Tapi dia kecik sgt lagi. Aku bajet umur dalam 10-11 tahun je. Tu yg relax je aku bunyik. Pas aku cakap, dia pusing. Pandang aku. Pandang awek dia. Pandang aku semula. Dia cakap, "Aku tak baligh lagi!".... -_-'

BHAHAHAHAHAHA..
Aku yang takde ciri-ciri pendakwah ni,
apa lagi, terpana parak!
Ades.. Awek dia pulak gelak jeh.
Korang tak tahu ke aku dah tak sekolah?!
(sabett..)

Otw balik tadi, buat aku tergelak sorang je dalam kete. Macam mana lah parents dia ajar dia ek?

Mungkin mak dia ustazah kot.
Mak dia cakap,
"Anakku, nnt dah baligh, jangan pegang tangan wanita ajnabi!"
Woha!

Mungkin jugak bapak dia kaki perempuan.
Bapak dia cakap,
"Boy, kalo nak tgok blue, tgok yg softcore je tau."
Woha sekali lagi!

So, kat sini aku nak tarik balik pepatah bongok aku dalam entry semalam.. T.T


p/s: mak asyik suruh adik pegi kursus haji je, apa kata adik pegi kursus kawen pulak..
woha!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...