come with me

September 30, 2011

Countdown!!

Fuhh~
Trial dah berlalu.
Sekarang semua org tgah countdown utk hari SPM sebenar!
Adikadik UPSR dah merdeka.
Adikadik PMR dah nak fighting minggu depan.
Adikadik SMA pulak  tgah lepaklepak smbil bce adabnusus. haha..
Bro n Sis STP n STA pun dah tak senang duduk.
Woha!
Part ni lah dalam tahun plg tidak diminati.
Huhu~

Minggu ni aku balik lagi, kali ni cuti wajib.
For Smartian, selamat berparti mlm ni, tp jgn lebihlebih pulak, ingat Tuhan!

Nak update blog, tp takde mood nak tekan "Publish"..
Sebab takde idea nak tapis ayat..
Dalam draft ada bbrpe post yg belum ditapis,
Antaranya:
'Violent Pornography'
'Over The Top'

Lepas SPM la start berblogging semula kan?
pesanan jugak utk semua blogger lain
See all of you soon!



"Oh Tuhan, berikanlah kejayaan kepada semua calon peperiksaan awam di negara ini pada tahun ini agar dapat menghadapi hari imtihan dengan tenang dan cukup persediaan. Andai kejayaan itu baik bagi kami, maka kurniakanlah. Andai kejayaan itu menjauhkan kami dariMU, sesungguhnya Engkaulah Sang Penentu segala kesudahan, kurniakanlah kesudahan yang terbaik pada kami. Amin"

credit to : student SMAI dan MTNP. good luck semua!

September 23, 2011

The Last Note [60days to go]


"Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.
Sesungguhnya di tengah panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

*mintak tolong sesape kaji sumber hadis kat atas. TQ

HeadStrong
Menjelang 60 hari terakhir aku bergelar pelajar sekolah ni, semakin banyak perkara berlaku. Dah 3hari aku demam panas, dah 5hari aku mimpi bukanbukan, dan dah seminggu aku rasa hilang minat nak pergi sekolah! Roomate aku tiaptiap hari ingatkan aku yang aku ada lebih kurang dua bulan je lagi nak pakai uniform tu. Dan tiaptiap pagi sblm pegi sekolah aku renung muka pintu bilik warden, pakcik bas, tayar bas, patu dah smpai sekolah, tatap pulak guard sekolah, cikgucikgu, kawankawan.. The pendulum swing is swingging and keep swingging till the end, dan aku ada 60 hari je lagi untuk korang (itu pun kalo korang rasa aku penting). Itulah sisa semangat aku yg tinggal untuk baki 60 hari lagi ni...

I've Become So Numb
Aku ada sorang member yang aku akan sentiasa percaya walaupun aku tau dia tipu aku, dia khianat aku, dia buat apaapa kat aku, aku akan tetap percaya kat dia, sebab dia akan bgtau aku setiap apa yang dia dah buat kat aku. Dan barubaru ni dia tegur aku, (tak pernah hayat sepanjang aku kenal dia nasihat aku). Dia sorang yg xminat mmbaca, (mmg dia bongok sikit) so, dia tak pernah baca apa yang aku tulis. Tapi malam paper addmath, entah mcm mana dia boleh tersumbat sampai terbukak belog aku ni, aku pun xtau. Keesokan dia msg aku...
Dia cakap aku berlagak giler nak mampos, siap carutcarut lagi. Aku pun panas laa. Pesal tetibe je maki hamun aku. Tapi aku sedar tak lama lepas tu, dia nak tegur aku. Dia cakap aku ada tulis yang aku terima segala pandangan orang, kenapa aku nak mental kat dia? Lagi, aku cakap yang aku tak riak, tak sombong, tapi dalam ayat aku penuh dengan unsur kesombongan. Nampak sangat setiap yang aku tulis tu sekadar tulisan. Aku dah tipu diri sendiri!

Faint
Macammacam yang dia buat conclusion dari setiap apa yang aku tulis (entah bpe jam dia ngadap pc utk bace sume post aku, aku pn xtau) tp aku tak rasa nak share sume sebab mana ada orang nak malukan diri sendiri, kan? Hidup aku lepas msg dia tu terus tak tenang. Bila berjalan, rasa ada orang pandang tak puas hati. Bila bercakap, mcm ada katakata terngiangngiang kat telinga aku, 'pegi mampos la lu!'. Nak study pun tak tenang, rasa macam ilmu yang aku nak hadam tu, takkan lekat, rasa siasia.

Burning In The Sky
Lepas habis paper Arab, semua orang rasa lega, relax, siap ada yang wish Happy Habis Trial! Tu msg terakhir aku baca petang tu sebelum aku tertidur/pitam/pengsan. Aku bangun sikit lagi nak maghrib. So, khamis tu memang takde semangat langsung nak sarung baju sekolah. Lepas subuh terus tido sampai malam (bangun solat 5waktu, makan malam, telan panadol). Then hari ni (jumaat) aku pergi lah sekolah walaupun rasa tak sedap badan. Kat sekolah pulak perghh, baik takpayah datang! Sampai part Tcer Marz, kene pulak bongokbongokbongok!!! Freaky Friday! Time BAT yang buat aku hilang segala yang masih berbaki dalam diri aku. Ustazah tanya, firdaus datang tak? Classmate aku cakap lah ada. Then dah habis dia panggil sume orang, dia panggil aku. Dia tanya, "Awk ada masalah ke dengan Bhs Arab? Dengan ustzh?" Aku cakap lah takde sbb sememangnya takde 'kot'. Ayat seterusnya buat aku lemah lutut smpai aku mintak izin untuk duduk sekejap. Dia cakap, "Kenapa dalam blog awk, awk ckp awk tak paham apa yg ustzh ajar? Kalo tak paham kenapa tak jumpa ustazah? Kenapa tulis mcm tu? Saya rasa kecil hati." perkataan kenapa tu membingitkan telinga aku sampai aku terpana. Kebanyakan motivasi yang aku dengar, karier seorang insan berakhir bila seorang guru berasa hati dengan dia. (act, aku tak maksudkan apa yang aku tulis T_T)
So aku?
Game Over sblm aku tekan Enter?

Remember The Name
Alang-alang kat sini aku nak cite sikit kisah aku kenapa aku ada kat SMi?... Dulu lepas PMR, seramai 19/28 orang student PTI dapat straight A, termasuk aku. Kitorang semua akan ditempatkan di SMt utk ambik pure science sbb skola tu nak straight je. So yang tak dapat straight akan dihantar ambik sains ikhtisas kat SMi. Dan pertama kali soalan diajukan pada kitorang, "Siapa tak setuju?" aku dan Ammar dengan yakin terus angkat tangan, hanya dua orang! (tak lama lepas tu baru ada 2-3 orang yg ubah pendirian). Ammar ada sebab dia yg tersendiri, aku pun. Kenapa aku perlu tolak tawaran utk study pure science? Korang tau, citacita aku nak jadi pakar bedah sejak tadika lagi, kenapa aku kene korbankan minat aku, citacita aku? Kenapa? Ni jwpnnya. Sejak akakakak aku sekolah agama tu, aku dengar macammacam cite. Diorang cakap cikgucikgu kat situ lembab lah, sekolah kotor, disiplin teruk, takde hala tuju lah kalo sekolah kat situ. (padahal akakakak aku berjaya je, siap bagi aku duit poket RM100 sebulan lagi sejak diorang keje) So, aku nak buktikan dengan kejayaan aku sendiri pulak, sebab membermember aku yang sekolah SMt pun selalu merendahkan kitorang kalo kitorang lepak sekali ngan diorang. (celakakan? korang tak rasa apa yang aku rasa). Aku juz nak buktikan yang semua tu katakata Syaitan yang merendahkan agama dengan merendahkan institusi agama, orangorang agama!
Aku masuk SMi tahun lepas dan aku taknak sorang cikgu pun pandang aku, ingat aku, sebut nama aku supaya diorang takde sebab utk menghalang keberkatan ilmu yang diorang bagi. (ni teori aku, tak payah bnyk tnye lah). Tapi modus operandi aku ternyata gagal sebab siap ustazah baca blog ni. (btw, thnx for reading) Woha!

Breaking The Habit
Aku tak pernah menyesal atas apa yang aku korbankan. Tapi menatang laknatullah tu akan selalu try buat aku menyesal (macam hari ni). Kekadang bukan direct kat aku, dia pakai korangkorang, sampai aku rasa @#$%^&. So sekali lagi aku nak break the habit. Dari awal tahun aku study sbb nak score SPM superb punya, nak jadi best student SMAI dgn kalahkan Ali, Ardani, Asyikin, Aqilah, dan segala budak star yang lain (aku tau ramai lg star, tp takkan nak state sorangsorang). Tapi sekarang tu bukan lagi tujuan aku, dah terhapus dari aim aku, bukan lagi jadi target aku. Teruskan perjuangan korang, capai apa yang korang nak, banggakan makbapak korang, cikgucikgu, sekolah dan diri korang. Dan tolong doakan aku dengan apa yang aku perjuangkan. Dalam 60hari ni  tujuan aku datang sekolah adalah jumpa cikgu, dapatkan keredhaan, mohon keberkatan supaya aku dapat teruskan kehidupan. Lepas SPM nnt aku nak pergi belajar adab kat Hadramaut, sbb aku belum cukup beradab lagi dengan cikgucikgu sbb sampai ada yang boleh kecik hati ngan aku.. (maafkan saya)
p/s: musaiyar suruh aku tulis note mintak maaf, mintak maaf senang bro, tapi kemaafan tu belum pasti. walau apa pun result spm nnt, misi yg dah dirancang tetap akan dilaksanakan... sebelum mentari terpadam.

September 2, 2011

Dalam Aku Ada Hantu - Pwincess Part II

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Baru kemarin aku rasa update cerita dgn title ni..  :)
Sebelum ni aku cite keadaan akak sedara aku yg diganggu oleh makhluk halus sehingga mengganggu rutin harian dan menjejaskan seluruh kehidupan harian dia.
Then semalam aku dapat berita dia dah sembuh!!! Alhamdulillah..
(mmg la cepat dpt berita sbb umah xsampai 1batu pun) :D

~behind the scene~
Malam kemarin lebih kurang dalam pukul 8, abg dia pergi jemput sorang mamat indon. Yang aku tau, mamat ni lebih kurang macam bomoh gak, tp dia muda sesangat lagi, tua 3-4 taon je dari aku kot. Then dia sampai2 je kat umah tu, akak sedara aku lari masuk dalam bilik n kunci pintu (mcm tau2 je ada org hebat dtg). Pujuk punya pujuk last2 dia xnak kuar jugak, so abg dia (dia ada ramai abg) panjat siling dari ruang tamu, pecah masuk bilik tu. Then operasi bermula!! jeng3...

Benda tu start dah mental. Giler kau, bapak katang sebab benda tu da control 100% badan dia. Bersilat kejap sebab nak tenangkan 'akak sedara' aku tuh. Tetiba suara dia jd garau, cakap ape entah, mamat tu paham kot. Bagi air penawar kat dia, dia muntahkan semula. Suruh mengucap dah tak boleh. (masa tu bunyi cengkerik kuat yg luar biasa kat luar rumah, pakcik aku pun buat2 katang pergi usha kat luar, xtau la dia jumpe apa).

Then mamat tu tanya ada 'barang' ke? Makcik aku cakaplah ada, sebab mcm2 'barang' yg tok bomoh sebelum2 ni bagi. Dia suruh buang segala2nya. Makcik aku follow je. lepas habis buang sume 'barang', suruh mengucap lagi, still tak boleh. Mamat tu pulak yg mental, dia tanya lagi, ada lagi tak 'barang'? pikir punye pikir.. ada!!! Ada sorang bomoh suruh tanam botol kat keliling rumah, kononnye xbg 'benda' masuk. Gali semula 'barang2' tu pastu buang.

Sekali lagi suruh bawak mengucap, aiseh! Tak boleh lagi. Cari lagi kat mana ada barang.............. hah! Da jumpa! Barang terakhir ada pada kakak dia kat Selangor. Waktu tu da dekat 4pg. Terus call n suruh buang barang tuh. Akhirnya, lepas jugak dia mengucap. Alhamdulillah! Next, mamat tu ngaji sikit2 then bawak keluar sisa2 benda yg ada dalam badan akak sedara aku tuh. Subuh baru settle. Lama kan...

Sekarang ni dah waras, dia dah ingat siapa diri dia, dah xde 'puteri', segala2nya dah jd normal. Alhamdulillah!

Dia dirasuk sebab mungkin ada orang dengki. Then bila dia dah jd camtu, mak bapak dia sanggup buat apa saja arahan bomoh/ustaz/org2 tua utk cari penawar (mak bapak korg pun sama lah, sanggup berkorban utk anak2. tp korang? fuhhh~). Macam2 dia buat, mandi laut pukul 3pagi, minum air pokok itu ini, yg botol tadi, entah berapa harga sebijik (kat dalam tu ada ayat2 dari surah yasin yg dah dikucarkacirkan). Semua barang tu  bukan penyembuh, tp tarik lagi banyak jin dan setan utk berkampung dalam akak sedara aku tuh. Tapi tak boleh salahkan mak bapak dia jugak. Diorang panik kot, tu yg panggil entah sesape.

p/s: Act, bapak aku tak kasi cite sebab bimbang 'benda2' yg lain tahu, then gtau tuan dia. Fuiyoo, majukan makhluk halus skrg, siap ada fesbuk. wakaka.. Tapi takpe lah kan, kalau 'korang' nak sangat cari aku, 'korang' cari mamat ni dulu sebab aku simpan kat dia. Then baru cari aku k. Hahahaha...

kan besh kalo suma hantu yg muncul cun camni, woha!
p/s: irsyad, aku mintak maaf sesangat dgn kau, sebab aku tak puas hati dgn kau. sape suruh kau buat lembut camtu. eeuuwww... aku mintak maaf sekali lagi. dan tolong jgn nasihat aku sebab kata2 kau selalu menghancurkan motivasi diri aku. sekian. (kpd sesape yg kenal irsyad, tlg gtau dia yg aku mintak maaf ek)

September 1, 2011

Dalam Aku Ada Hantu - Pwincess

...Some of 'them' want to use you...

...Some of 'them' want to get used by you...

...Some of 'them' want to abuse you...


...Some of 'them' want to be abused...

Petang td akak sedara (tp sekarang dah jd adik sedara ~_~') n family dia dtg umah aku beraya.. Kesian gler tengok dia. Dia ckp nama dia Puteri. Umur 2tahun. Cicit Puteri Gunung Ledang.. fuhh~ *bahaya kalo hal ni berterusan, dy akan lupa terus siapa diri sndiri yg sebenar..

Perwatakan dia sebijik cam budak2 tapi, setiap perkara yg dia sebut, ada betulnya.. Dia tanya, kenapa anak2 nenek (nenek kami) berpecah belah skrg? Bukan ke berdosa? Kita ni kan sedara, bergaduh macam mana pun, hubungan kita takkan putus. Awak (merujuk pd bapak aku) pergilah rumah dia (merujuk pd salah sorg pkck aku), mintak maaf, hari ni kan hari raya. Kenapa asyik berkumpul sebab nak bincangkan pasal harta je? Nenek belum mati lagi... (tetiba dia nanges)
 semua orang kat situ terdiam dengar nasihat dia...

Mak dia (makcik aku) cerita yg 'benda' dlm badan dia tu ada lg. Dulu lagi dahsyat, sampai tak boleh bangon. Selalu meracau, tp sekarang ok la sikit walaupn dia mcm hilang 50% dari ingatan. Tapi kata2 dia semuanya 'ayat makan dalam'!

Mak dia cakap, benda tu boleh rasa kehadiran benda lain. Penah sekali abg dia balik umah dlm kul 2pg, dia marah2. Keesokan pagi, dia marah semua orang, dia ckp, jangan ada sesape kuar umah hari ni, kalo tak aku bunuh semua! Rupanya abg dia blk mlm tu, ada benda ikut. pergh.. seram seyh..

Kes tok aku pulak sampai cerah xsettle. Macam2 cara dah dibuat, tp makin teruk lagi ada.. So sesape yg ada cadangan, please leave a comment. Mak bapak aku sanggup buat apa saja asalkan tok aku sihat semula, kalo xpun, doalah supaya cepat dia jumpa Tuhan, nnt makin btmbh dosa dalam akaun anak2 dia sbb tak jaga mak diorg elok2.. fuhh~

p/s1: Aku cukup fed up ngan urusan dunia lg satu. Cmon la, suda2 lah kaco orang. Tp aku rasa korang takkan kaco orang kalo orang xmintak korang campur tgn kan? haih, manusia jugak yg setan kan.. adoiyai..

p/s2: For all, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke54!!! Syukurlah dah aman. Tapi perjuangkanlah agama, dah bpe ramai dah murtad. Ni sibuk berbalah benda koya2. Patu mula lah guna brg 'ghaib'.. sape susah? aku jugak... :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...