come with me

June 10, 2011

Perang Dah Tamat ???

Alhamdulillah, perang dah tamat!

Betul ke?
Ingat lagi betapa kecohnya masa U.S. serang Iraq 11 september dulu? Bertahun-tahun tv duk siar cite perang. Kat palestin pulak, macam2 video rakyat kene tembak, rumah kene bom, macam2 lagi tersebar. (tragis!) Dulu kat Lubnan, kita tengok perjuangan Hizbullah, entah berapa korban perang yg sebenar, sape yg tahu? Then banyak lagi sampailah yang terbaru, Libya. (huh~ entah sape betul, sape salah?!)

Tapi sekarang cuma berita tentang kematian anggota NATO dan sekutunya sebab nak meredakan kekecohan yang berlaku kat negara bergolak! Ada ke berita tentang jumlah rakyat negara tu yang jadi arwah? Ada? 

Bukan aku nak bangkitkan isu, tapi memang perlu! Kita hanya berapi bila diapi-apikan. Bila media diam, kita pun diam sekali.  Itulah kita!

AKU LIHAT LAYU DALAM MELAYU

 
Aku lihat layu dalam Melayu,
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak,
aku juga bercadang bertanya tuan punya,
tapi bercampur risau dan tak tergamak,
nanti dikata tak bersyukur, tak sedar diri.

Jadi aku menyendiri,
memerhati dan akhirnya mengakui,
yang kita sendiri,
membiarkan bunga raya melayu ke kanan,
dan dibiar bunga tak cantik di kiri.

Aku lihat layu dalam Melayu,
tanah air kita yang punya,
kita siram,
kita baja tapi angin api kita lupa,
mereka merancang masa menjilat bangsa,
13 harimau betukar menjadi mangsa,
kita lupa nenek moyang kaya-raya,
jangan sekali-kali digadai harta benda.

Kulihat layu dalam Melayu.
Kulihat layu dalam Melayu.
 
Takkan Melayu hilang di dunia,
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia,
kalau kewujudan tidak dirasa,
petah berbahasa kudrat tak berjasa,
orang berbudi kita hanya tahu merasa,
selalu lari bila dirapat,
selalu malu bila soalan diaju,
selalu segan memberi pendapat,
rela mengikut dari meneraju,
belum menyanyi sudah bersorak,
suka berjanji dalam borak,
bukan kata tak ada otak,
cuma berfikir di luar kotak.

Kulihat layu dalam Melayu.

Aku jadi sayu,
bunga menangis dia mendayu,
mahu jadi cantik tetapi ragu,
Aku merayu,
bangunlah semula hidup kembali,
jangan tunggu matahari mati,
cepatlah mekar sebelum terlerai.

Perjuangan kita belum selesai.


Kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda,
bangsanya yang berjaya...

Perjuangan kita belum selesai!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...