come with me

August 26, 2011

Everybody is looking... for something!

Play this song first


Stand up
You've got to manage
I won't sympathize
Anymore

And if you complain once more
You'lll meet an army of me

You're alright
There's nothing wrong
Self sufficience please!
And get to work

And if you complain once more
You'll meet an army of me

You're on your own now
We won't save you
Your rescue squad
Is too eshausted

And if you complain once more
You'll meet an army of me 

Salam alaikum!
What's up people! 
This is a story of S#*!@% !!!
(for ur information aku still puasa utk hari yg ke 27 ni, so xsedap lak nak maki2 org ^_^)
*apa sabed lagu kat atas? layan jeh~ haha..

20 hari lepas, entah dari mana aku dapat 'keberanian' utk jadi wakil mmber2 aku (kononnya) utk complain ttg big problem kitorg dalam pelajaran kat sekolah. Act, aku da fedup ngan mmber2 aku sebab kalo xpuas hati asyik maen kutuk belakang, cakap itu ini, bajet sstu akan trjadi ke? No way! 
There's no result if no action!
There's no probability if no event!


So, aku tulis la bnde ni, (zubir yg print) XD ...
Kebanyakan ayat dlm surat rasmi ini telah ditapis ...
Asa
2.            Sebagai seorang pelajar, saya memahami bagaimana seharusnya adab seorang pelajar dengan guru dan bagaimana untuk menghormati guru. Namun saya tidak dapat ***. Berdasarkan pengamatan saya, hal ini juga dihadapi oleh majoriti pelajar di ***. Beliau ialah seorang yang banyak bergantung pada emosi. Pembelajaran kami amat terganggu dengan perubahan emosi beliau yang tidak menentu.
3.            Di sini saya sertakan contoh agar pihak tuan lebih memahami situasi kami ketika berada di dalam kelas beliau. Sewaktu beliau sedang menerangkan tentang sesuatu fakta dalam pelajaran, ***. Hal yang demikian menyebabkan pelajar akan menjadi bosan dan berasa sia-sia mengikuti pembelajaran pada hari itu. Perkara ini akan mendorong para pelajar untuk melakukan aktiviti ponteng kelas.
4.            Sebelum menulis surat ini, saya telah menimbang pelbagai aspek. Buat pengetahuan pihak tuan, masalah ini telah berlarutan sejak sekian lama.*** mereka turut mengalami masalah yang sama. Oleh itu, besarlah harapan saya agar pihak tuan dapat merubah keadaan ini dengan melakukan transformasi dengan prinsip-prinsip yang lebih tegas dan waras.
5.            Berdasarkan aduan para pelajar yang mengatakan mereka memerlukan seorang guru, pihak tuan telah bertungkus-lumus mencari guru untuk memenuhi keperluan pelajar. Saya amat menyanjungi tindakan ini. Namun, saya agak kecewa kerana guru yang disediakan untuk kami bukanlah seorang yang mengetahui selok-belok ekonomi yang dikehendaki dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Buat makluman pihak tuan, dua subjek ini adalah antara subjek mudah untuk skor A+ dalam SPM. Namun perkataan ‘mudah’ itu tiada dalam kamus para pelajar di sini kecuali mereka menyertai tuisyen di tempat-tempat lain.
                Adakah ini yang diharapkan pihak tuan? Menjadikan kelas tambahan sebagai wadah utama pembelajaran? Jadi, mengapa pelajar perlu datang ke sekolah? Adakah sekadar memenuhi syarat kementerian yang mewajibkan semua warga Malaysia yang berumur 7 hingga 17 tahun agar pergi ke sekolah?
 *banyak part yg perlu di tapis sbb bimbang mengaibkan sstgh pihak..
Tu baru intro lah, ni cite sebenarnya..
Ada sorang budak ni, dia dah skola situ dari form1, so kiranya dia bajet dia lebih arif dan memahami sekolah tu berbanding aku :p dia datang kat aku time exam UPT3 baru2 nih,
"weh, aku na nasihat kau, jangan la buat camtu.."
"buat mende gop?"
"tulis2 surat tu lah, kau tahu x, bahaya buat camtu."
"kenapa bahaya lak?"

pergh... sumpah aku xdengar apa yg dia cakap sbb aku xnak dengar apa yg dia ckp!

Bodoh btol orang macam ni! Dulu time Bersih 2.0 punye la kau berapi sokong. Tu tak bahaya ke? Ok fine, kau cakap kau di pihak yang benar kan? Then aku? Bukan aku buat demo la sial! Aku just tulis surat, nyatakan kegusaran hati, that's all! Bukan ke kita kita ada hak bersuara? Kau tak tahu apa2 tak payah la bnyk cakap! (no politic here)

everybody is looking... for something!
Setiap orang ada sesuatu yg dia nak dlm setiap perkara yg ada dalam hidup dia.
So, aku just nak kesempurnaan dalam pelajaran.
Ni tahun terakhir aku dlm alam 'sekolah',  sepatutnya aku tak payah la na menyibuk susah2kan diri hantar surat, pegi mengadap pengetua, mengadap cikgu tu, cikgu ni, habes sume aku kene mengadap!
Tapi cmne ngan adik2 kita nnt? (walau aku xde adik)
Takkan diorang perlu hadapi masalah yang kita hadapi?
C'mon la semua! Memang dalam setiap tindakan yg kita ambik, akan terbentuknya 2golongan: yg sokong dan yg bantah! (ada kot yg neutral)
So, aku amat mengalu-alukan kpd mana2 student yg nak teruskan second wave ataupn terus buat revolusi or transformasi or.. wuteva..
Kenapa? Sbb prkara ni dah berlarutan terlalu lama sampai ayat ni sentiasa dialunkan di ufuk timur dan barat
"itulah sekolah agama!"

p/s: 30min lepas aku hantar surat, mudir pggil aku, Alhmdllh, dia paham aku n mmber2 rasa, tapi masih belum ada penyelesaian. Dia cuma harap aku n student lain dapat terima ini sbg satu kekurangan dan ujian dari Tuhan. Then aku pun murnikan hati utk absorb segala apa yg dia nasihatkan. Tapi korang? huh~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...